Khamis, 3 Ogos 2017

Suami Rogol Gadis 16 tahun, Isteri Belasah Serta Botakkan Kepala Mangsa.

Malang bagi seorang gadis apabila dia telah di belasah serta di botakkan kepala selepas dirogol oleh seorang lelaki.
Asha Yang belasah Serta Botakkan Kepola Mangsa dan ibu.
Bagladesh - Malang bagi seorang gadis apabila dia telah di belasah serta di botakkan kepala selepas dirogol oleh seorang lelaki.

Mangsa yang berusia 16 tahun telah di belasah serta dibotakkan kepala oleh sekumpulan lelaki bersama seorang wanita yang juga merupakan isteri kepada lelaki yang merogolnya sebagai hukuman baginya.

Terdapat empat orang suspek yang telah di tahan berhubung kejadian rogol terbabit selepas tersebarnya gambar mangsa serta ibunya yang mendapatkan rawatan di hospital akibat di belasah serta dibotakkan kepala yang telah mencetus kemarahan netizen.

Perogol yang di kenali sebagai Tufan Sarker 25 tahun telah di tahan serta didakwa manakala isterinya Asha Khatun masih diburu oleh pihak polis yang dikatakan menjadi suspek utama yang melakukan perbuatan mengheret mangsa serta ibunya ke rumah mereka sebelum membelasah dan mencukur kepala mereka sehingga botak.

Menurut jurucakap polis, Sonaton Chakroborty, Tufan yang dipercayai merogol mangsa telah mengugut mangsa serta ibunya bahawa dia akan membunuh mereka sekiranya perkara terbabit diberitahu kepada sesiapa.

Gambar mangsa dan ibunya yang telah dibotakkan tersebar di Internet dan ia mencetuskan kemarahan penduduk Bangladesh.

Walau bagaimanapun identiti mangsa tidak di dedahkan berkata, Asha telah menuduhnya memiliki hubungan sulit dengan duaminya Taufan. 

“Tapi itu tidak benar sama sekali dan saya telah berulang kali meminta maaf dengannya, tetapi dia enggan mendengar malah telah bertindak membotakkan kepala saya.

“Malah ibu saya turut dibelasah dan dibotakkan,” katanya dipetik media tempatan.


Sementara itu, pihak polis turut memburu adik ipar Tufan yang juga anggota majlis bandar Bogra kerana didakwa bersubahat apabila menghantar samseng untuk membelasah mangsa dan ibunya. - Harian Metro
Mangsa serta ibu yang dibotakkan kepala

Asha  Khatun

Tufan Sarker

Ke empat-empat suspek yang ditahan.

Dua orang yang dibotakkan kepala

loading...