Rabu, 30 Ogos 2017

Sufian Suhaimi Dan Elfira Loy Bakal Bertunang Oktober Ini.

KUALA LUMPUR - Pelakon Elfira Loy, 23, mengesahkan bakal bertunang dengan kekasihnya, Sufian Suhaimi yang merupakan seorang penyanyi pada Oktober ini.

Menurut laporan Astro AWANI, Elfira ditemui selepas sidang media Maydan yang memperkenalkan dia, Fazura dan Fattah Amin sebagai duta di Hotel Majestic Kuala Lumpur.

Menurut Elfira, Sufian telah menghantar rombongan merisik Elfira beberapa bulan lalu.

Terdahulu menerusi ruangan pojok sebuah akhbar tempatan mengatakan pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan pada Oktober ini.

"InsyaAllah saya dan Sufian akan melangsungkan pertunangan pada Oktober ini di kediaman keluarga saya.

"Namun pihak keluarga kami masih belum menetapkan tarikh sebenar majlis tersebut.

"Saya hanya menyerahkannya kepada keluarga saya untuk menetapkan tarikh itu nanti.

"Bagaimanapun, sehingga kini saya belum membuat apa-apa persiapan untuk majlis tersebut tapi saya dan ibu akan mula menguruskannya tidak lama lagi," katanya kepada Astro Gempak.

Sementara itu, tentang tarikh perkahwinan mereka, Elfira akui masih belum ada perancangan rapi mengenainya.

"Apa-apa perancangan selanjutnya seperti majlis perkahwinan dan sebagainya akan dibincangkan pada hari pertunangan kami nanti," katanya kepada media. -Astro AWANI
loading...