Sabtu, 19 Ogos 2017

"Ustaz, Kalau Selepas Sunat Saya Boleh Rogol Orang Kan?"

Siapa menyangka bahawa seorang kanak-kanak sekecil itu yang masih belum bersunat mampu bertanyakan soalan berkaitan perbuatan rogol kepada gurunya.

Seorang guru agama ternyata terkejut serta tergamam seketika apabila secara tiba-tiba dia di ajukan soalan berkaitan rogol tersebut oleh salah seorang anak muridnya.

"Ustaz, kalau selepas sunat saya boleh rogol orang kan?" tanya anak muridnya itu.

Menurut mStar Online, perbualan antara guru dengan anak murid tersebut telah dikongsikan oleh seorang aktivis sosial di media sosial pada lewat malam Jumaat yang lalu selepas diceritakan oleh seorang sahabatnya.

Menurut Mohd Fadhli Othman dari Gerakan Malaysians Against Pornography, beliau amat terkejut apabila mengetahui mengenai perkara tersebut yang membabitkan generasi muda seawal sekolah rendah yang telah terdedah dengan perkataan yang sensitif seperti rogol.

Jika ditanyakan kepadanya tahu ke apa itu sebenarnya rogol pasti budak sekolah ini telah sedia maklum mengenai hubungan seksual.

"Saya yakin rogol yang dimaksudkan oleh murid tersebut bukanlah adegan ringan-ringan atau setakat sentuh sahaja kerana deria ingatan kanak-kanak sangat mudah merakam sereta mengingati setiap perkara apa yang mereka dengar mahupun lihat," katanya lagi.

Risau dengan sikap murid itu di luar kawasan sekolah menyebabkan aktivis yang juga merupakan penceramah serta pengasas bagi modul 'Goodbye Pornografi'' (Selamat Tinggal Pornografi) turut mempersoalkan mengenai had pergaulan murid itu ketika berada di luar mahupun dalam kawasan sekolah.

Besar kemungkinan ianya adalah berpunca daripada pengaruh pornografi yang di lihatnya di laman media sosial serta kebebasannya dalam menggunakan gajet tanpa pemantauan ibu bapa yang kadang-kalanya terlepas pandang mengenai perkara seumpama ini.

Mohd Fadhli memberitahu bahawa dia akan bertanyakan sebab soalan tersebut di ajukan jika berdepan dengan situasi yang sama sekali lagi.

Melalui jawapan tyang diberikan barulah kita boleh mencari punca yang mungkin menjadi pendorong mereka bertanyakan soalan tersebut.

Sebab utama yang mungkin adalah berpunca daripada pergaulan bebas antara perempuan dengan lelaki ataupun filem yang mengandungi adegan seksual serta penggunaan telefon bimbit yang tidak di kawal.

Kurang pengetahuan mengenai konsep sunat (Khatan) sebenar dalam Islam serta kebaikan sunat dari sudut kesihatan juga menjadi penyebabnya.

"Setiap kanak-kanak perlu diterapkan dengan baik buruk serta dosa pahala sekiranya beragama Islam serta nilai manusiawi jika bukan beragama Islam kerana tiada seorang pun di dunia ini yang sememangnya ingin melakukan kerosakkan,"kata Fadhli.

Pendedahan terhadap perbuatan rogol serta keburukkannya juga perlu di dedahkan kepada kanak-kanak seawal usia sejak sekolah rendah lagi oleh ibu bapa, guru dan institusi agama supaya dapat memerangi pornografi yang semakin tersebar secara meluas di laman media sosial.

"Kita sebagai golongan dewasa perlu bersama-sama berganding bahu dalam membanteras virus ini yang mampu memusnahkan generasi muda zaman sekarang," terang Mohd Fadhli lagi. - mStar Online.
loading...