Selasa, 29 Ogos 2017

“UTUSAN Kebal Dengan Berita Putar Belit" - Zainudin Maidin

Tan Sri Zainuddin Maidin yang merupakan bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu hari ini telah tampil membidas akhbar yang pernah berada di bawah pimpinannya itu.

Beliau melalui akaun Twitter miliknya mendakwa bahawa sebenarnya Utusan malaysia sememangnya "kebal dengan berita putar belit, bias, fabricated (direka-reka) dan melanggar etika kewartawanan bertamadun".

Apa yang menjadi persoalannya mengenai akhbar Umno sekarang ini adalah "Siapa Pemiliknya?"

Melalui ulasan beliau mengenai serangan yang dilakukan Utusan terhadap Malaysiakini semalam yang mendakwa bahawa portal ini sentiasa memainkan sentimen berbahaya dan dengan cara terpilih telah menyiarkan kebanyakkan komentar netizen yang liar termasuklah mencabar keputusan pihak mahkamah.

Menurut dakwaan Utusan, Malaysiakini seolah-olah dengan sengaja mengambil kesempatan melalui komen netizen yang diguna pakai sebagai alat bagi membangkitkan suasana menjelikkan dalam kalangan masyarakat dengan menggunakan pandangan kedua-dua ahli akademik.

Zainuddin yang juga merupakan bekas menteri penerangan mendakwa bahawa tindakan Utusan itu adalah kerana terdesak kerana tidak tertahan lagi kerana kebanyakkan pembaca telah mula bertukar arah ke Malaysiakini bagi mendapatkan maklumat yang seimbang.

Sementara itu Amran Ahmad yang juga merupakan bekas pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu turut melontarkan kritikan terhadap akhbar tersebut.

"Inilah salah satu sebab mengapa pentingnya kebebasan media yang sering dilaungkan oleh NUJ, akibat tiada kebebasan media bersuara menyebabkan akhbar terbabit akhirnya semakin kehilangan pembaca disebabkan oleh kesilapan akhbar itu sendiri yang sentiasa menyajikan berita prokerajaan yang dilihat seakan 'menjilat' pemilik akbar itu, Umno.

"Kini khabarnya syarikat akhbar tersebut sedang berdepan dengan masalah kewangan dan mengalami kerugian dalam laporan kewangannya saban tahun akibat daripada kesan penurunan jumlah pembaca dan jualan akhbar yang memberikan kesan kepada kewangan syarikat,"katanya lagi.

Salah seorang bekas wartawan ekonomi yang telah dibuang kerja pada tahun 2009 juga turut mengakui bahawa kewangan syarikat akhbar tersebut semakin teruk sehingga memberikan kesan kepada wartawan serta jurugambar akhbar tersebut yang terus dihimpit masalah sehingga ada kalanya gaji mereka lambat dibayar.

“Itu belum lagi termasuk kegagalan antara NUJ Utusan dan majikannya untuk memeterai perjanjian bersama yang khabarnya telah tertangguh setelah sejak bertahun lamanya,” katanya.

Laporan transaksi yang dipertikaikan Utusan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lapan tahun lalu telah menyebabkan Amran dibuang kerja daripada NUJ.
loading...