Rabu, 9 Ogos 2017

Video Aksi Jelik Inspektor Polis Rakam Wanita Dalam Tandas Terbongkar

Aksi jelik seorang Inspektor polis  menjadi tular kerana bertindak merakam gambar seorang wanita yang ketika itu berada di dalam tandas sebuah pusat membeli belah di Bandaraya Alor Setar semalam.

Menurut laporan Astro AWANI, lelaki terbabit dengan selamba masuk ke dalam tandas wanita dengan hanya berseluar dalam ‘boxer'.

Tindakan suspek yang merakam seorang wanita itu terbongkar apabila wanita terbabit berjaya mengesan aksi jelik Inspektor polis terbabit.

Menurut, Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff mengesahkan tangkapan suspek yang merupakan Inspektor polis telah dibuat semalam.

Polis telah menerima maklumat bahawa terdapat seorang lelaki sedang mencetuskan huru-hara di sebuah pusat membeli-belah, kira-kira jam 12.30 tengah malam Isnin lalu.

Sebaik tiba di pusat membeli-belah itu, polis telah menahan suspek tersebut yang tidak berpakaian di dalam tandas wanita di tingkat empat pasaraya terbabit.

Pemeriksaan lanjut mendapati beg milik suspek itu mengandungi ketulan dadah disyaki jenis syabu seberat 0.62 gram.

Ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan kes kini disiasat di bawah seksyen 12 (2) akta dadah berbahaya 1952.

Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Ujian urin mendapati suspek positif methamphetamine dan kes disiasat di bawah seksyen 12 (2) akta dadah berbahaya 1952. Sumber: Astro AWANI
loading...