Rabu, 30 Ogos 2017

Video Anak Pukul Kekasih Ayah Di Tengah Jalan Raya

China - Seorang lelaki tergamak membelasah perempuan simpanan ayahnya di tengah-tengah jalan tanpa belas kasihan sehingga wanita tersebut pengsan akibat dibelasah.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku sehari sebelum Perayaan Hari Valentine Cina atau dipanggil hari Cina Qi Qiao Jie.

Satu rakaman video yang telah di muat naik di media sosial menunjukkan seorang lelaki Henan telah menarik rambut seorang wanita dipercayai perempuan simpanan ayahnya ke tengah jalan sebelum bertindak menendang wanita berkenaan di perutnya.

Lelaki tersebut yang ternyata masih tidak berpuas hati dengan wanita tersebut kemudiannya telah memukul kepala sambil menghina wanita berkenaan ketika berada di tengah jalan.

Selepas berbuat demikian lelaki tersebut kemudiannya bertindak mengheret wanita itu semula ke tepi jalan dengan cara menarik rambutnya.

Malang bagi wanita itu kerana walaupun terdapat ramai orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut namun tiada sesiapa yang kelihatan tampil bagi menghulurkan bantuan kepadanya.

Menurut saksi yang melihat kejdian tersebut, lelaki tersebut dikatakan telah bertindak menyerang perempuan simpanan ayahnya itu kerana menyalahkan wanita berkenaan yang menjadi punca ibu bapanya dalam membuat keputusan untuk bercerai.

Walu bagaimanapun mmenurut pihak polis di bandar Yuzhou, kejadian tersebut masih lagi berada dalam siasatan pihak polis dan mereka masih lagi cuba menyelesaikan perkara tersebut.

Video sekitar kejadian dapat dilihat di bawah ini.

loading...