Khamis, 17 Ogos 2017

Video Cik B Beri Amaran Kepada Lelaki Yang Cuba Dekati DS Vida Cuma Nak Duit Dan Gila.

Siapa tidak kenal dengan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) sera anak perempuannya yang di kenali sebagai Cik B itu.

Terbaru mengenai dua beranak ini adalah video yang telah di muat naik oleh DSV di Instagram miliknya pada Selasa yang lalu mengenai luahan hati Cik B mengenai ibunya yang amat di sayangi.

Melalui rakaman video tersebut Cik B telah meluahkan isi hatinya serta ketidak puasan hatinya terhadap golongan lelaki di luar sana yang ingin mengahwini ibunya itu.

Rakaman yang dibuat oleh Cik B itu juga turut memberi amaran kepada golongan lelaki di luar sana yang cuba mendekati ibunya itu demi kepentingan diri sendiri supaya menjauhkan diri daripada DSV.

"Ini perisai saya! Jangan sesiapa pun berani dekat dengan mama, nak kahwin dengan mama. Saya Tak Bagi! Siapa-siapa pun semua itu nak perhatian, nak duit. Saya tahulah." kata Cik B melalui rakamannya itu.

Cik B juga turut meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan mengatakan "Kenapa nak kahwin dengan mak saya? Nak glamour? Nak kaya atau nak duit.

Video terbabit yang di muat naik di Instagram DSV dengan entri "Cik B naik angin tetapi tidak pasti dengan siap" telah ditonton hampir setengah juta kali sejak ianya di muat naik serta memperolehi lebih 2,000 komen oleh netizen.

loading...