Ahad, 20 Ogos 2017

Video Isteri Dipaksa Minum Air Kencing Suami Selepas Kantoi Jalin Hubungan Sulit

Klang - Seorang wanita telah dipaksa supaya meminum air kencing suaminya sendiri selepas kantoi menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki.

Wanita berusia 27 tahun tersebut yang menetap di Pandamaran Jaya telah dipaksa meminum air kencing suaminya sendiri selepas kantoi hisap syabu serta menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki berusia 49 tahun.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Sharmila Sunrise telah memuat naik video rakaman yang berdurasi 5 minit 53 saat itu memaparkan seorang wanita yang dipaksa meminum air kencing suaminya sendiri.

Menurut Sharmila, hukuman tersebut dilakukan oleh suaminya selepas wanita tersebut didapati sanggup melakukan hubungan seks bersama seorang lelaki lain hanya kerana semata-mata mahu mendapatkan syabu seberat 0.5 gram.

Video yang di muat naik di laman media sosial tersebut telah mendapat pelbagai reaksi serta komen daripada netizen yang rata-rata memuji tindakkan suaminya itu dalam memberikan hukuman kepada isterinya atas perbuatannya.

Tidak kurang juga ada segelintir netizen yang menyuruhnya agar memadamkan video tersebut kerana di anggap memalukan serta bagi menjaga perasaan ahli keluarga wanita tersebut yang melihat rakaman video terbabit.-Sharmila Sunrise

loading...