Isnin, 28 Ogos 2017

Video Katering Tak Kunjung Tiba, Pelamin Seperti Reban Ayam, Pemilik Zurin Jundi Diserbu Pelanggan Yang Tertipu.

Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga pasti mempunyai impian mereka yang tersendiri bagi melayari hari bahagia yang penuh bersejarah namun begitu tidak semuanya yang dirancang berjalan dengan lancar.

Seperti yang berlaku kepada beberapa pasangan pengantin semalam apabila mereka terpaksa meyambut hari bersejarah mereka dengan penuh memalukan apabila ditipu oleh sebuah syarikat wedding planner.

Zurin Jundi Wedding Planner yang merupakan salah sebuah syarikat yang dikenali ramai melalui laman media sosial hari ini telah di serbu oleh pelanggan yang di tipu olehnya apabila segala pembayaran telah di buat tetapi yang di pesan semua tiada.

Ke semua pelanggannya yang menyambut hari bahagia mereka semalam terpaksa menanggung malu apabila katering yang di pesan tidak kunjung tiba di majlis perpepsi mereka serta pelamin berharga RM 10,000 yang di tempah oleh mereka hanya di buat ala kadar yang di umpamakan seperti reban ayam oleh pelanggan yang tidak berpuas hati.

Siapa yang tidak marah jika hari bersejarah di cemari dengan kejadian seumpama ini malah amat memalukan bagi pengantin yang merupakan raja sehari di hari bahagia mereka.

Setakat ini yang diketahui terdapat tujuh pasangan pengantin yang dikatakan telah ditipu oleh Zurin Jundi Wedding Planner  namun jumlah sebenar bilangan pelanggannya yang telah mengalami nasib yang sama masih lagi tidak diketahui.

Walau bagaimapun ketika pemilik Zurin Jundi tersebut di serbu bagi mendapatkan penjelasan serta ganti rugi bagi majlis yang tidak menjadi tersebut, menjelaskan bahawa dia sebenarnya tidak bersalah dalam hal ini serta meminta sedikit masa bagi membayar semula duit yang diterimanya daripada pelanggan.

Namun melalui rakaman video yang di ambil oleh salah seorang pasangan pengantin yang tidak berpuas hati apabila majlisnya yang dikatakan berjalan pada semalam ternyata amat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterimanya malah hari bersejarahnya berganti dengan hari yang paling memalukan buatnya serta isteri dan juga keluarga yang juga turut terkena tempias apabila pelamin yang ditempahnya tidak seperti yang dikehendaki.





loading...