Khamis, 3 Ogos 2017

Video Lelaki Dibaham Beruang Ketika Diberi Makan.

Thailand- Seorang lelaki telah di baham oleh seekor beruang ketika dia hendak memberikan makanan kepada haiwan berkenaan.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di wilayah Phetchabun, Thailand apabila mangsa yang ketika itu sedang menghulurkan mangkuk nasi kepada haiwan berkenaan dengan menggunakan tali telah ditarik oleh haiwan berkenaan ke dalam kandangnya.

Menurut laporan The Mirrow, mangsa yang di kenali sebagai Naiphum Promratee 36 tahun bersama empat orang lagi rakannya ketika kejadian sedang melawat kuil di wilayah berkenaan.

Ketika kejadian dikatakan mangsa yang pada mulanya cuba mengacah makanan kepada beruang berkenaan telah mengundang kemarahan kepada haiwan itu sebelum haiwan terbabit berdiri memegang dinding dan menarik kaki Naiphum menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam kandang haiwan berkenaan.

Naiphum yang telah pengsan kemudiannya telah di baham oleh beruang berkenaan sebelum rakan-rakan mangsa cuba menyelamatkannya dengan menjolok beruang terbabit dengan menggunakan kayu serta mencurahkan air ke arah haiwan itu.

Namun usaha mereka gagal menghentikan perbuatan haiwan berkenaan daripada terus menggigit serta mencakar mangsa malah beruang terbabit telah mengheret mangsa ke dalam sangkarnya sebelum mereka berjaya menyelamatkan mangsa.

Beberapa orang telah datang menghulurkan bantuan bagi memisahkan beruang berkenaan daripada Naiphum dalam usaha menyelamatkannya sebelum dia berjaya di seret keluar daripada kandang beruang terbabit.

Menurut ketua sami Kuil Luang Phor Lamai, sehari sebelum kejadian ini dia ada menyatakan mengenai haiwan berkenaan yang kelaparan kerana tidak diberi makan yang secukupnya akibat daripada kekurangan dana bagi menampung kos haiwan terbabit.

Mangsa telah dikejarkan ke hospital kira-kira pukul 11 pagi oleh sepasukan perubatan yang hadir ke tempat kejadian dan kini mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Kuil terbabit telah menempatkan kira-kira 24 ekor babi hutan di padang berhampiran serta seekor beruang dan tidak melarang orang ramai yang ingin memberikan makanan kepada haiwan-haiwan yang berada di situ.

loading...