Isnin, 28 Ogos 2017

Video Majikan Paksa Pembantu Rumah Lakukan Hubungan Intim Tular Di Media Sosial.

Arab Saudi - Seorang wanita telah menjadi mangsa gangguan seksual oleh majikannya sendiri apabila dia dikatakan telah dipaksa untuk melakukan hubungan intim bersamanya.

Kejadian tersebut telah menjadi topik hangat di laman media sosial selepas rakaman video wanita tersebut dipaksa oleh majikannya itu untuk melakukan hubungan intim telah tersebar secara meluas di laman sesawang.

Mangsa yang merupakan rakyat warga Indonesia telah merakamkan kejadian yang menimpanya itu serta telah memuat naik rakaman tersebut di media sosial sebagai bukti kejadian yang menimpanya itu.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Mekah, Arab Sausi pada Jumaat yang lalu malah mangsa juga turut memberitahu bahawa ini bukanlah kejadian pertama yang menimpanya tetapi telah beberapa kali.

Akibat tidak tahan kerana menjadi mangsa gangguan seksual oleh majikannya itu dia kemudiannya telah merakamkan serta menyebarkan rakaman kejadia yang menimpanya di laman media sosial bagi tujuan meminta bantuan supaya dia dapat diselamatkan.

Menurut mangsa dia telah beberapa kali di paksa melakukan hubungan intim semasa ketiadaan isteri majikannya di rumah namun dia tetap menolaknya walaupun dirinya dipaksa olehnya.

Menurut maklumat yang diperolehi, mangsa yang berjaya merakamkan perbuatan terkutuk majikannya itu kemudiannya telah mengirimkan video tersebut kepada rakannya yang bekerja di Filipina bagi tujuan meminta bantuan daripada rakannya itu sebelum video berkenaan menjadi tular di media sosial.
loading...