Jumaat, 18 Ogos 2017

Video Persembahan Over Cikgu Serba Boleh

PETALING JAYA: Sekumpulan guru telah membuktikan bahawa mereka bukan sahaja mampu mendidik anak-anak murid malah mereka merupakan seorang yang serba boleh melalui persembahan koir yang dipentaskan.

Video yang telah tular di media sosial sejak Selasa lalu memperlihatkan gelagat bersahaja sekumpulan guru ketika membuat persembahan koir ketika sambutan Hari Guru peringkat negeri Kedah.

Semenjak video tersebut di muat naik di media sosial, terdapat pelbagai komen daripada netizen yang rata-rata ada yang memuji persembahan tersebut yang amat menghiburkan serta tidak kurang juga yang mengecam persembahan tersebut.

Terdapat sesetengah netizen yang beranggapan bahawa sebagai seorang guru tidak seharusnya menunjukkan kelakuan yang sebegitu sekaligus memberikan contoh yang tidak elok kepada pelajar-pelajar.


Melalui klip video tersebut menampilkan sekumpulan guru daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Penghulu Ahmad, Langkawi di Kedah yang menyampaikan persembahan koir sambil menari sambil menyanyikan sebuah lagu rancak dari Thailand dan Lagu Pencuri Hati yang dinyanyikan oleh Ayda Jebat.

Menurut Penolong Kanan Ko-Kurikulum SK Penghulu Ahmad, Nurul Shakinah Mehat, 36 tahun memberitahu bahawa persembahan tersebut telah pun mendapat persetujuan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah sebelum dipentaskan serta dikawal selia oleh bahagian protokol istana kerana majlis tersebut turut dihadiri oleh Raja Muda Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Raja Puan Muda Kedah, Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff.

"Kami hanya nak tampilkan sedikit kelainan serta lebih menghiburkan berbanding koir yang hambar, kami juga tak boleh nak tutup mulut orang yang mengkritik tetapi kami telah buat yang terbaik serta telah berjaya menghiburkan semua pada hari tersebut," katanya semalam.

Menurut salah seorang guru, video tersebut telah dikongsikan oleh salah seorang daripada guru yang membuat persembahan di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, Alor Setar malah pada hari tersebut juga turut menampilkan persembahan daripada wakil guru dari setiap daerah

"Video tersebut di muat naik ke laman media sosial hanyalah untuk berkongsikan kegembiraan sesama rakan sekerja tetapi tidak sangka pula telah menjadi viral serta ada juga yang tidak suka melihatnya."

"Persembahan tersebut biasa saja, kami kan serba boleh dan sempena hari Guru ini kami jadi penghibur," katanya.-mStar Online
loading...