Rabu, 9 Ogos 2017

Video Petugas BBC Kantoi Layan Video Lucah Semasa Live

London - Sebuah saluran televisyen telah menjadi tumpuan masyarakat sedunia serta berita hangat selepas satu insiden melucukan berlaku ketika penyampai berita sedang menyampaikan berita sukan.

Walau bagaimanapun saluran televisyen BBC tersebut pernah menjadi tumpuan masyarakat dunia beberapa bulan sebelum ini selepas satu insiden melucukan berlaku ketika satu temuramah bersama seorang profesor sedang disiarkan secara langsung.

Kini berlaku satu lagi insiden melucukan yang membabitkan saluran televisyen yang sama dan kali ini ianya merupakan kejadian yang berlaku di belakang tabir.

Namun kejadian kali ini bukan sahaja di anggap melucukan malah turut mencalarkan nama baik serta kredibiliti saluran berita tersebut yang dilihat tidak seharusnya berlaku.

Menurut laporan Astro Awani, insiden tersebut berlaku pada hari Selasa lalu ketika siaran berita jam 10 sedang bersiaran dan terdapat sebuah video tarian lucah kelihatan sedang ditayangkan di belakang penyampai berita pada sebuah komputer yang digunakan oleh petugas di bilik berita.

Pada video terbabit jelas kelihatan Sophie Rawort yang sedang menyampaikan berita sukan serta ditonton oleh kira-kira 3.8 juta penonton tanpa menyedari terdapat video tarian lucah sedang ditayangkan di belakangnya.

Insiden ini menyebabkan penonton saluran berkenaan telah mula mempersoalkan kredibiliti sebuah saluran televisyen yang bereputasi tinggi seperti BBC ini tidak mengenakan sebarang tapisan untuk pekerjanya menggunakan internet.

Malah hal ini juga turut dibangkitkan oleh anggota The Freedom Association, Andrew Allison.

"Hal seperti ini tidak seharusnya di ambil ringan oleh sebuah agensi seperti BBC dan seharusnya mereka lebih berhati-hati malah saya juga amat berharap mereka dapat mengenakan penapisan selepas ini," katanya kepada portal The Sun.

Pihak pengurusan dikatakan telah pun memanggil petugas berkenaan selepas petugas itu telah dilaporkan namun setakat ini diketahui bahawa tiada sebarang tindakan di ambil. -  Astro Awani
loading...