Isnin, 21 Ogos 2017

Video Rakyat Indonesia Pula Terbalikkan Bendera Malaysia.

Kuala Lumpur - Berkait isu mengenai bendera Indonesia yang secara tidak sengaja telah di cetak secara terbalik di dalam buku khas cenderahati KL2017, Malaysia telah pun memohon maaf kepada Indonesia.

Malah permohonan maaf dari Malaysia juga telah diterima oleh Indonesia serta Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi yang pada mulanya melahirkan kekesalan juga turut mengambil pendekatan damai dan menasihati agar penduduk Indonesia supaya tidak memperbesarkan insiden ini.

Walau bagaimanapun pada hari ini telah tular di media sosial mengenai seorang rakyat Indonesia yang telah memuat naik video berkaitan isu bendera Malaysia pula yang diterbalikkan serta turut bertanyakan perasaan rakyat Malaysia apa perasaan bila bendera negara Malaysia pula yang diterbalikkan.

Melalui rakaman video tersebut memaparkan sebuah kereta yang dipandu dengan keadaan bendera Malaysia yang di gantungkan secara terbalik di bonet keretanya sambil di bawa pandu di jalan raya sambil dirakamkan oleh individu lain.

Walaupun telah dijelaskan bahawa isu berkaitan bendera terbalik itu bukanlah sesuatu perkara yang disengajakan namun ianya sedikit sebanyak telah mengguris hati serta melahirkan ketidak puasan hati dan menimbulkan kemarahan mereka.

Namun tindakkan rakyat Indonesia tersebut dilihat seakan dengan sengaja mengeruhkan keadaan lagi serta dengan sengaja membuat provokasi membakar jiwa rakyat Malaysia.
loading...