Rabu, 16 Ogos 2017

Video Remaja Perempuan Dibelasah, Kantoi Mencuri Di Tasek Gelugor.

Pulau Pinang - Seorang remaja perempuan telah ditangkap serta di belasah oleh penduduk kampung selepas kantoi melakukan samun ke atas seorang warga emas pada hari ini.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada petang tadi di Kampung Kubang Menerong, Tasek Gelugor selepas remaja tersebut didakwa cuba menyamun seorang warga emas.

Terdapat tiga video rakaman sekitar kejadian remaja terbabit ditangkap serta dibelasah oleh penduduk kampung tersebut berjaya dirakamkan dan telah tular di media sosial.

Menerusi rakaman tersebut kelihatan remaja terbabit telah dibelasah oleh penduduk kampung yang ternyata tidak berpuas hati dengan kelakuannya yang amat mencurigakan apabila telah mengitip rumah warga emas terbabit sebelum melakukan samun ke atasnya.

Remaja terbabit yang baru berusia 18 tahun telah ditahan bersama dengan seorang lelaki berusia 21 tahun selepas dikatakan telah menyamun warga emas yang berusia 70 tahun di rumah mangsa.

Kedua-dua remaja terbabit telah di serahkan kepada pihak polis manakala Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Azmi Adam telah mengesahkan kejadian tersebut.

Hasil siasatan pihak polis telah mendapati bahawa suspek wanita terbabit telah dihantar oleh suspek lelaki ke kawasan rumah warga emas tersebut pada lewat malam untuk menunggu sehingga kesemua penghuni rumah tiada sebelum meneruskan racangan mereka menyamun warga emas terbabit.

Kedua suspek telah memukul mangsa dengan menggunakan kayu sebelum menyamun warga emas terbabit pada pukul 9 pagi di dalam bilik mangsa sehingga berlakunya pergelutan antara mereka.

Kedua-dua suspek telah melarikan diri selepas mangsa menjerit meminta pertolongan sehingga anak serta jiran mangsa telah datang bagi menghulurkan bantuan.

Anak serta jiran mangsa yang kemudiannya berusaha menjejaki suspek berjaya menemui mereka yang sedang bersembunyi di bawah katil dala salah sebuah bilik yang terdapat di rumah berkenaan.

Ketika dicekup, penduduk kampung telah bertanyakan mengenai tujuannya mengintip rumah orang namun tiada sebarang penjelasan daripada suspek itu.

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

loading...