Rabu, 30 Ogos 2017

Video: Saya Kecewa, Namun Bangga Dengan Apa Kita Ada - TMJ

KUALA LUMPUR: Kekecewaan yang di rasai oleh skuad bola sepak B-22 turut dirasai dengan di iringi titisan hujan yang seakan mengerti kesedihan yang melanda mereka sehingga menggegarkan seluruh Stadium Shah Alam pada malam tadi.

Namun begitu, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim tetap tenang serta menunjukkan sikap realistik beliau yang langsung tidak menyalahkan skuad pemain B-22 tahun itu malah hanya memikirkan kejayaan bag jangka masa yang panjang.

"Tiada siapa pun yang sukakan kekalahan malah kita juga tidak suka kalah," mengulas ucapan beliau kepada para pemain.

TMJ yang merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memberikan kata-kata semangat kepada para pemain ketika beliau menyampaikan amanat beliau selepas skuad tersebut menempa kekecewaan dalam perlawanan penentuan pingat emas apabila Malaysia tewas kepada Thailand.

"Sebagai Presiden FAM saya sememangnya kecewa dengan kekalahan ini tetapi dalam masa yang sama saya berasa bangga dengan pencapaian yang kita ada untuk masa akan datang.

“Tiada pemain di sini yang harus sedih. Memang patut sedih. Memang patut kecewa. Tetapi tiada seseorang dalam bilik ini yang memalukan negara. Kalah menang memang adat dalam sukan.

Kata-kata beliau dilihat sedikit sebanyak berjaya meredakan kekecewaan skuad Harimau Malaya yang hampa dalam misi merangkul pingat emas pada malam Selasa.

“Jika ada satu perkataan yang patut saya sampaikan kepada anda ialah terima kasih. Terima kasih kerana memberikan persembahan yang sungguh baik sepanjang kempen SEA Games.Terima kasih kerana memberikan 100 peratus demi negara kita.

"Itu adalah satu kebanggaan dan pencapaian. Ini tidak bermakna perjalanan kita sudah berakhir; perjalanan kita masih jauh. Inilah masa untuk kita menuju ke hadapan. Anda semua pemain-pemain muda. Anda semua ialah aset kepada negara.

“Apa yang penting sekarang, belajarlah daripada kesilapan. Belajar daripada kekalahan untuk digunakan sebagai senjata untuk masa kita yang akan datang,” kata TMJ lagi.

Skuad bola sepak negara terlepas "ibu segala pingat" selepas tewas 0-1 di tangan Thailand dalam perlawanan akhir, mengulangi sejarah Sukan SEA 2001. - astro awani

 
loading...