Isnin, 14 Ogos 2017

Video Tiga Sekeluarga Termasuk Kanak-kanak Kantoi Mencuri Serta Menggunakan Wang Palsu.

Terengganu - Terdapat tiga sekeluarga didapati telah melakukan kecurian serta menggunakan wang palsu bagi membeli barang di sebuah kedai di sini hari ini.

Menurut pengguna facebook yang dikenali sebagai Lieya Alias, ketika kejadian tiga sekeluarga tersebut telah mencuri telefon bimbit milik pekerjanya di kedai Maryam Sofea Kosmetik,Kuala Terengganu.

Brangan yang turut di curi oleh mereka adalah Krim Tati yang di jual di kedainya, mereka sekeluarga termasuklah seorang kanak-kanak yang dipercayai merupakan anak mereka kelihatan seperti sudah biasa melakukan perbuatan ini.

Menurut Lieya lagi terdapat juga beberapa buah kedai yang telah menjadi mangsa kepada pasangan suami isteri serta seorang anaknya itu dan taktik serta perbuatan mereka itu telah di viralkan di dalam facebook melalui group GATE.

Menurut kata pekerja Lieya, di dalam dompet mereka memang kelihatan duit kertas RM100 yang berkepuk-kepuk namun semuanya itu merupakan duit palsu, semoga tiada yang tertipu dengan mereka ini.

Kalau mereka nak beli barang pun mereka ini akan membayar barangan yang di beli ini dengan duit kertas bernilai RM 100 tetapi awas sebab duit yang mereka gunakan sememangnya palsu.

Bagi mereka yang pernah di tipu dengan mereka sekeluarga bolehlah membuat laporan polis di balai polis berhampiran, semoga mereka bertiga ini dapat di berkas secepat mungkin agar tiada lagi yang menjadi mangsa mereka ini.

Menurut salah seorang rakan yang pernah menjadi mangsa mereka iaitu Dinda Eyfaa, rakannya sempat mengambil gambar serta kad pengenalan suspek ketika suspek nak beli plan internet untuk cek blacklist atau tidak tapi akhirnya tak jadi nak beli pun tetapi sempat jugalah kawan dia tangkap gambar kad pengenalan serta lesen.

Mulanya kawan dia sendiri pun tak tahu yang mereka bertiga ini penipu tapi lepas muka dia orang ini di viralkan barulah dia tahu, suspek sebenarnya bukanlah orang Terengganu dan mungkin dia orang datang dekat sini pun untuk tujuan menipu orang saja.

"Mungkin lepas ini disebabkan muka dia orang dah panas dekat sini dia orang akan tuju ke negeri lain pula," kata Dinda lagi.

Jadi bagi semua orang berhati-hatilah ketika terima duit nilai RM100, yang pertama tengok nombor siri duit itu dan kalau nombor di akhirnya 3305 ianya adalah merupakan wang palsu.

Terdapat beberapa ciri-ciri perbezaan antara duit palsu dengan betul antaranya adalah, watermark agong hanya ada pada duit original malah watermark RM100 belah bawah juga hanya terdapat pada duit original sahaja dan tiada pada duit palsu.

Kalau kau orang nak lagi senang gunalah scan duit  lagi bagus dan lagi mudah kau orang nak kenal pasti duit palsu.

Dibawah ini merupakan wajah-wajah suspek yang mencuri serta menipu dengan menggunakan mata wang RM100, kalau kau orang semua ada terjumpa dengan mereka bertiga ini bolehlah laporkan ke balai polis berhampiran serta berhati-hati supaya tidak tertipu dengan mereka-mereka ini.





loading...