Rabu, 16 Ogos 2017

Wanita Dicari Selepas Tipu Duit Orang Ramai Sehingga Cecah Ribuan Ringgit.

Terengganu - Kecoh mengenai seorang wanita yang di viralkan di media sosial susulan tindakkannya menghilangkan diri kerana tidak mahu membayar hutang banyak pihak termasuklah dengan Ahlong.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai  Zaza Hashimma binti Mohd Noor dikatakan telah membuat beberapa pinjaman dengan penduduk kampung serta turut meminjam wang daripada Ahlong namun tidak pernah membayar pinjaman yang di ambil olehnya malah telah menghilangkan diri.

Menurut pengguna facebook Tengku Azri yang turut berkongsikan perkara ini di akaun Gabungan Anak Terengganu memberitahu bahawa kejadian ini berlaku kepada anak saudaranya sendiri.

Azri juga meminta kepada orang ramai agar mengongsikan postingnya itu semoga jika ada sesiapa yang mengenalinya atau terjumpa dengan wanita berkenaan bolehlah terus menghubunginya di akaun facebook miliknya.

Azri turut memberitahu bahawa ramai yang dah terkena dengan wanita ini sehingga di anggarkan kerugian mencecah ribuan ringgit dan belum lagi di tambah dengan hutang Ahlong lagi.

Sekarang ini wanita itu telah menghilangkan diri tanpa dapat di kesan manakala pihak Ahlong pula telah menconteng rumah yang disewa olehnya serta telah menampalkan salinan kad pengenalan dengan beserta tulisan 'hutang bayar' di setiap tiang elektrik yang berada di sepanjang jalan di kampung memintanya agar membayar hutang.

Menurut Azri lagi, apa wanita ini tidak tahu rasa malu ke dengan wajahnya terpampang di setiap jalan kerana tidak membayar hutang.

Sebagai orang Islam kita wajib membayar hutang walau sekecil mana pun namun hutang tetap hutang dan perlu dilunaskan tidak kira walau apa pun alasan. -Tengku Azri‎




loading...