Sabtu, 19 Ogos 2017

Wanita Menderita Tubuh Melecur Akibat Hospital Salah Bagi Ubat

Bornoe - Seorang wanita menderita kulit badan melecur satu badan sehingga leher akibat daripada keracunan ubat yang diberikan oleh pihak hospital.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Siti Nur Kholifah yang juga merupakan seorang suri rumah terpaksa menanggung derita kulit badan yang melecur seperti kesan luka terbakar selepas dia memakan ubat yang di ambilnya di hospital.

Siti dikatakan mengalami keracunan ubat tersebut yang di terimanya dari hospital di Tanah Bumbu Borneo Kalimatan

Menurut Daus Ahna yang mengenali Siti berkata bahawa dia telah menerima info mengenai keadaan Siti tersebut melalui pihak hospital di mana Siti di rawat yang memaklumkan bahawa keadaan Siti itu adalah berpunca daripada keracunan ubat.

Mengikut kenyatan doktor yang merawat Siti memberitahu bahawa Siti telah mengambil terlampau banyak ubat-ubatan sebelum ini bagi merawat penyakit kulitnya yang tidak sembuh-sembuh juga.

Disebabkan pengambilan ubat-ubatan yang terlampau banyak serta pemakanan ubat antibiotik yang tidak terkawal menyebabkan tindak balas yang berlebihan dalam tubuh badan berlaku sehingga mengakibatkan keadaannya seperti sekarang.

Kebiasaannya ruam di seluruh tubuh badan merupakan tanda awal yang di alami oleh pesakit sebelum keadaan tersebut berubah kepada lebih teruk dengan kesan melecur.

Siti yang berasal daripada keluarga yang susah dikatakan terpaksa membeli ubat-ubatan yang murah bagi menangani penyakitnya namun dia tidak menyangka bahawa ianya akan menjadi satu permulaan bagi penderitaan yang di alaminya sekarang.

Siti ketika ditemui berada di hospital serta sedang menjalani rawatan daripada pihak hospital serta amat berharap agar ada yang sudi menghulurkan bantuan kepadanya bagi menampung perbelanjaan bagi rawatan penuhnya itu.
loading...