Rabu, 23 Ogos 2017

Wanita Terima Padah Samakan Polis Dangan Anjing Jalanan

Kedah - Seorang wanita telah ditahan selepas tindakannya yang memuat naik kenyataan menghina anggota PDRM di laman media sosial semalam.

Wanita tersebut yang sebenarnya merupakan seorang lelaki, Abdul Manaf atau lebih dikenali sebagai Mrs. Marrypoussa telah memuat naik posting yang menyamakan anggota PDRM dengan anjing selepas tidak berpuas hati dirinya telah menerima saman daripada mereka.

Marrypoussa telah ditahan ketika pihak polis sedang membuat sekatan jalan dan dia yang dikatakan tidak mempunyai lesen memandu telah menerima saman atas kesalahannya itu.

Walau bagaimanapun Marrypoussa yang tidak berpuas hati dengan saman yang diterimanya itu telah memuat naik kenyataan yang telah menyamakan pihak polis seperti anjing yang menjalankan tugas selepas mengetahui duit Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah diperolehi oleh rakyat Malaysia yang layak.

Kenyataan tersebut seperti menyatakan bahawa pihak polis hanya menjalankan tugas demi mencari duit dengan cara memberikan saman selepas tahu rakyat Malaysia ini telah memperolehi duit BR1M.

Ianya amat menghina PDRM kerana kita seharusnya berterima kasih dengan PDRM yang menjalankan tugas mereka dalam memastikan keselamatan rakyat negara ini terjamin.

Tindakkan Marrypoussa yang memuat naik kenyataan tersebut telah menjadikan ianya tular di media sosial dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata memberikan komen dengan mengatakan bahawa dia sememangnya patut mendapat saman berkenaan kerana kesilapannya sendiri yang memandu tanpa lesen.

Akibat tindakkan beraninya itu yang menghina PDRM, Marrypoussa telah ditahan oleh pihak polis.

Marrypossa telah memohan maaf terhadap PDRM secara terbuka di laman media sosial atas kesilapannya yang menghina PDRM.

Marrypoussa dalam kenyatannya mengakui segala perbuatannya yang menghina PDRM serta berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya itu di masa hadapan.

Walau bagaimanapun Marrypoussa masih lagi menunggu tindakan susulan PDRM atas penghinaan yang dilakukannya itu.





loading...