Rabu, 30 Ogos 2017

ZurinJundi Tidak Bayar Saya - Katerer

Petaling Jaya - Selepas kecoh di media sosial yang membabitkan perancang perkahwinan Zurin Jundi yang melakukan penipuan, kini beliau tampil pula dengan kenyataan baru yang mengaitkan pengusaha katering atas dakwaan penipuan terhadapnya.

Pemilik pengusaha katerer yang dikenali sebagai Puan Fad ketika ditemui memberitahu bahawa dia telah pun menelefon kepada keluarga dan pasangan pengantin pada Selasa yang lalu bagi menerangkan perkara sebenar yang berlaku ketika majlis perkahwinan mereka berlangsung.

Walaupun beliau sendiri mengakui bahawa pasangan pengantin tersebut teraniaya namun dia telah pun menyelesaikan masalah yang melibatkan mereka dan malah mereka juga turut dapat menerima penjelasan saya dan tidak akan memanjangkan isu ini ke tengah.

"Malah saya juga turut tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas mereka kerana menviralkan nama dan nombor telefon saya, saya tahu pihak pengantin telah teraniaya dan saya pun tidak akan menganiayai mereka lagi, saya cuma ingin membersihkan nama baik saya sahaja,"katanya lagi.

Bukan sahaja mereka yang tertipu sahaja yang membuat laporan polis malah Puan Fad juga turut mengambil tindakan yang sama kerana ianya melibatkan nama baik keluarga dan perniagaan yang diusahakannya sejak sekian lama.

Puan Fad ketika ditemui memberitahu bahawa dia akan menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak polis dalam menyelesaikan isu ini.

Puan Fad memberitahu bahawa dia hanya dilantik sebagai katerer adalah pada saat-saat akhir bagi menyediakan makanan serta khemah seperti yang telah dipersetujui pasangan pengantin bersama Zurin Jundi dan pada  mulanya dia bersetuju.

Dalam masa yang terlalu singkat barulah saya dilantik menyebabkan berlakunya kejadian tersebut dan saya telah pun menerangkan perkara sebenar kepada pengantin.

"Saya dengan pengantin memang tiada sebarang kena-mengena tetapi untuk perkhidmatan katerer kalau bayar saya baru saya buat kerja tapi kalau tidak bayar saya, saya bukan bodoh buat kerja tanpa bayaran.

Pelbagai kata macian serta tuduhan yang telah dilemparkan terhadap saya yang dituduh bersubahat menipu pengantin bersama wedding planner Zurin Jundi sehingga menyebabkan pengantin serta keluarga menanggung malu.

"Saya sebenarnya mahu diamkan diri biar polis siasat, tapi dengan pengantin saya terpaksa terangkan juga, saya tak nak dimaki, caci seolah-olah saya ini bersubahat," tegasnya.

Saya hanyalah katerer yang dilantik oleh perancang perkahwinan dan segala urusan pembayaran atau pemulangan wang itu semua harus dilakukan oleh zurin Jundi dan bukanlah saya.

"Saya sendiri pun berasa tersepit dengan masalah ini walaupun telah banyak projek yang saya buat tetapi saya sendiri pun belum dapat bayaran penuh dan saya akan dapatkan juga bayaran saya," ujarnya. - mStar Online
loading...