Selasa, 19 September 2017

Bapa Dan Anak Durjana, Kanak-Kanak Perempuan Jadi Mangsa.

Gambar sumber dari Harian Metro
Sarawak - Seorang bapa serta anaknya telah ditahan atas kesalahan melakukan gangguan melampau iaitu mencabul terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang juga merupakan cucu serta anak saudara mereka.

Kejadian tersebut dikatakan telah dilakukan oleh kedua-dua tertuduh di Sungai Durin, Sibu.

Tertuduh yang berusia 53 tahun serta anaknya yang berusia 25 tahun tersebut telah didakwa di hadapan Mahkamah Seksyen Sibu telah melakukan kesalahan tersebut secara berasingan diantara bulan Mei sehingga Ogos tahun lalu.

Walau bagaimanapun masih tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh tersebut..

Mengikut kertas pertuduhan, datuk mangsa didakwa melakukan empat sentuhan pada kemaluan cucunya itu dengan tujuan seksual dalam beberapa kejadian berasingan antara Mei hingga Ogos lalu.

Sementara itu ayah saudara mangsa pula didakwa atas empat pertuduhan pada tempoh masa yang sama selain satu pertuduhan menunjukkan video lucah kepada anak saudaranya.

Kedua-dua tertuduh yang tinggal bersama mangsa didakwa telah melakukan kesalahan itu di dalam sebuah bilik di rumah panjang di Sungai Durin.

Dua beranak itu didakwa mengikut Seksyen 14 dan Seksyen 16 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan menunjukkan video lucah, tertuduh mengikut Seksyen 15(e) dan Seksyen 16 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Manakala bagi kesalahan mengikut Seksyen 16 akta sama memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan sekurang-kurangnya dua kali sebatan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Zulfadhli Tuah di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah, Rommie Ahmad Zaidi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah telah pun menetapkan supaya kertas pertuduhan dibacakan semula pada esok untuk sebutan semula kes.

Pihak polis ketika ditemui telah mendedahkan kenyataan bahawa kejadian yang dialami oleh kanak-kanak tersebut hanya selepas ibu mangsa membuat laporan polis.

Perbuatan keji yang dilakukan oleh kedua beranak tersebut telah didedahkan oleh mangsa kepada ibunya yang bertindak menceritakan kejadian yang menimpanya itu kepada ibunya yang berada di Mukah.

Menurut sumber, datuk mangsa baru sahaja dibebaskan dari penjara pada Ogos tahun lalu selepas menjalani hukuman selama lapan tahun atas kesalahan merogol anaknya iaitu kakak kepada ibu mangsa.- Harian Metro
loading...