Jumaat, 8 September 2017

Kes Liwat Anak' Mangsa Diliwat Kali Pertama Semasa Mengerjakan Umrah Di Mekah

Putrajaya - Kes liwat yang membabitkan remaja berusia 15 tahun yang mendakwa telah diliwat oleh bapa kandungnya sendiri benar-benar mengejutkan masyarakat apatah lagi ini merupakan kes pertama yang membabitkan seratus lebih pertuduhan dibacakan terhadap tertuduh.

Tertuduh telah didakwa melakukan sumbang mahram, serangan seksual serta liwat ke atas anak kandungnya sendiri yang berusia 15 tahun dan amat mengejutkan apabila tertuduh didakwa kerana meliwat anaknya itu sebanyak tiga kali sehari termasuklah pada bulan Ramadhan.

Menurut laporan Astro Awani, lebih mengejutkan apabila Timbalan Pendakwa Raya, Nordalina Ali membacakan pendedahan fakta kes tersebut dalam keadaan sebak, malah penulis dan rata-rata mereka yang hadir termasuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim tersentak selepas satu demi satu pendedahan dilakukan.

PERTAMA KALI DI MEKAH

Dalam fakta kes yang dibacakan, mangsa didakwa telah diliwat buat pertama kali oleh tertuduh ketika berusia 13 tahun semasa mengerjakan ibadah umrah di Mekah pada 3 April 2015.

Mangsa mendakwa dihempap dari belakang, ditarik seluar, ditutup mulut dan tertuduh memasukkan kemaluan ke dalam dubur mangsa.

Malah, terdapat satu kejadian di mana mangsa menjerit kesakitan dan sehingga terkeluar najis akibat terlalu menahan sakit.

Itu antara sebahagian daripada ratusan siri trauma dan keperitan dilalui mangsa yang diceritakan di hadapan Hakim Yong Zarida Sazali.

KEMALUAN KOYAK

Turut dibacakan adalah laporan perubatan dari dua buah hospital yang menjalankan pemeriksaan terhadap mangsa.

Memetik laporan perubatan obstetrik dan ginekologi (O&G) sebuah hospital kerajaan, terdapat kesan luka lama pada kemaluan mangsa.

Selain itu, laporan perubatan pembedahan awam hospital berlainan turut mendapati ada luka baru pada kemaluan mangsa.

JANGAN ADIK JADI MANGSA

Mangsa tinggal bersama bapanya sejak Januari tahun ini selepas ibu bapanya bercerai dan dia memberitahu ibunya mengenai kejadian itu setelah mengetahui bapanya akan mengambil dua adiknya untuk tinggal bersama mereka dan dia takut perkara sama berlaku kepada adik-adiknya.

Laporan polis mengenai kejadian dan perbuatan lelaki itu dibuat oleh bekas isteri tertuduh pada 25  Julai lepas.

Pastinya, kes ini telah terpahat dalam lipatan sejarah jenayah juvana negara apabila Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan lelaki itu merupakan tertuduh pertama negara ini yang didakwa atas beratus-ratus pertuduhan melibatkan jenayah serangan seksual. - Astro AWANI
loading...