Jumaat, 8 September 2017

Lelaki Di Denda Kerana Komen Lucah Terhadap Najib Di Media Sosial.

Alor Setar: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman selepas mengakui kesalahannya yang menghantar komen lucah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib menerusi aplikasi Twitter pada Disember tahun lalu.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Mohamad Arif Fadila Arbain, 26 tahun merupakan seorang penganggur yang berasal daripada Tandop telah mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen di sini hari ini.

Arif telah dikenakan denda sebanyak RM9,500 selepas dia mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dihadapan Hakim Najwa Che Mat.

Arif dikatakan telah menggunakan akaun Twitter atas nama @SangAlgojoe bagi membuat komen yang bersifat menjijikkan dengan niat bagi menyakiti hati yang membacanya ketika berada di Stadium Darul Aman di sini pada 10 Januari yang lalu.

Kesalahan tersebut telah dilakukan olehnya pada 1 Disember 2015 pada pukul 9.32 malam dan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya serta boleh didenda selanjutnya RM1,000 setiap hari bagi setiap kesalahan selepas sabitan.

Pendakwaan dilakukan Pengarah Pendakwaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Mohd Sophian Zakaria, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Lim Wei Yong.

Mahkamah mengenakan denda RM9,500 selepas mengambil kira kesalahan serius membabitkan tindakannya yang menghina Perdana Menteri.
loading...