Khamis, 28 September 2017

Lelaki Didakwa 'Masukkan Jari' Dan Cederakan Wanita Berusia 40 Tahun

AYER KEROH: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan memasukkan jari ke dalam kemaluan seorang wanita berusia 40 tahun.

Suspek yang berkerja sebagai cuci kereta bukan saja memasukkan jari ke dalam kemaluan wanita terbabait malah turut mencederakan mangsa pada minggu lalu.

Menurut laporan Astro AWANI, tertuduh Abdul Rauf Singaravelu, 28 tahun membuat pengakuan itu sejurus kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama di bawah seksyen 377(CA) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat.

Manakala, bagi pertuduhan kedua dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa yang sama dan bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun dan denda jika sabit kesalahan.

Kesemua perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Jalan Bukit, Ayer Keroh  pada jam 11.30 malam hingga 1 pagi pada 18 September, lalu.

Prosiding yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadia Saaban tidak menawarkan sebarang jaminan kepada  tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam P Gunalan merayu kepada mahkamah agar jaminan yang rendah diberikan kepada anak guamnya dengan alasan penjamin tertuduh iaitu adiknya perlu meminjam wang daripada individu lain.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dan memberi amaran agar dia tidak menganggu mangsa selain menetapkan 25 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.Astro AWANI
loading...