Khamis, 7 September 2017

Pengantin Wanita Ghaib Selepas Kahwin Lapan Lelaki

THAILAND - Polis sedang giat memburu seorang wanita penipu bersiri yang dikatakan berkahwin dengan sekurang-sekurangnya lapan lelaki dalam tempoh dua tahun lalu, kemudian suspek akan menghilangkan diri selepas terima wang hantaran daripada pengantin lelaki.

Suspek yang digelar sebagai 'pengantin perempuan lari', Jariyaporn “Nammon” Buayai berusia 32 tahun itu telah viral dimedia sosial kerana menipu lapan pengantin lelaki.

Pihak polis mula memburu wanita ini selepas salah seorang pengantin lelaki membuat laporan polis terhadapnya beberapa hari lalu.

Pengantin lelak yang dikenali sebagai Prasarn Tiamyam, 32, mendakwa terlihat satu kenyataan di Facebook yang memberi amaran kepada lelaki Thailand supaya menjauhkan diri daripada Nammon.

Prasarn Tiamyam mendakwa dia mengecam wanita itu, yang pernah dikahwininya dua tahun lalu dan bagaimanapun, wanita berkenaan menghilangkan diri beberapa hari selepas berkahwin selepas membawa lari wang hantaran THB 200,000 ($6,000).

Menurut Prasarn Tiamyam lagi Nammon tidak pernah mengizinkannya untuk bertemu dengan keluarganya sepanjang hubungan mereka selama sembilan bulam.

Prasarn Tiamyam merasa ditipu selepas membaca kenyataan amaran mengenai wanita tersebut yang kini tersebar di Facebook.

Pihak polis kini berusaha menjejaki Nammon termasuk mengunjungi kediaman ibu bapa wanita itu di wilayah Nong Khai, namun kedua-dua orang tuanta juga tidak dapat dikesan.

kakak Nammon merayu supaya adiknya itu tampil menyerah diri kerana bimbang terhadap keselamatan kedua ibu bapanya. - mStar Online
loading...