Khamis, 28 September 2017

Punca Dan Kronologi Gadis Dirata Sebelum Dibunuh.

JAWA TIMUR: Polis berjaya menahan suspek utama  yang rogol dan bunuh Eka Yuniarti di pondok ladang sawah.

Penemuan mayat gadis berusia 17 tahun Eka Yuniarti di percayai mangsa rogol dan bunuh akhirnya menemui jawapam selepas suspek utama di tahan polis dan mengaku melakukan pembunuhan itu.

Suspek utama di kenali sebagai Muhammad Madinatul Huda, 17 tahun yang merupakan kawan baik Eka Yuniarti mendalangi pembunuhan itu.

Selain Muhammad Madinatul Huda, tiga rakannya juga ditahan pihak polis masing-masing berusia 14, 14 dan 13 tahun mereka masih dalam siasatan lanjut.

Berdasarkan hasil siasatan dan keterangan suspek utama yang mengaku akhinya pihak polis  mengungkap punca kejadian kes rogol dan bunuh itu.

Sebelum kejadian suspek bersama enam rakannya termasuk mangsa dikatakan tengah minum minuman keras (arak) sekitar jam 21.00 malam pada 25 September 2017 lalu.

Ketika sedang minum minuman keras mereka melihat kereta polis sedang melakukan rondaan di kawasan itu.

Untuk tidak ditangkap dan dilihat dari kereta polis mereka masing-masing melarikan diri, kebetulan mangsa dan suspek lari bersama ke kawasan sawah.

Ketika bersembunyi suspek bertindak cuba meraba-raba mangsa akibat mabuk pengaruh minuman keras.

Mangsa pada awalnya cuba melawan namun suspek bertindak kasar dengan menumbuk dan memukul kepala mangsa menggunakan batu bata.

Selepas mangsa dalam keadaan sakit dan tidak bermaya untuk melawan suspek bertindak merogol mangsa dan menyumbat kayu di kemaluan mangsa.

Suspek juga dikatakan memukul kepala mangsa menggunakan kayu sebelum mencekik mangsa hingga meninggal dunia.

Menurut pengakuan suspek, dia dendam kepada mangsa kerana mangsa sebelum ini pernah mengejeknya tidak kacak dan bermuka hodoh di hadapan kekasihnya.

Pada keesokan harinya, mayat gadis malang itu ditemui dengan keadaan berbogel dan mengerikan dengan luka di kedua mata dan mulut.

Ketua polis Pasuruan "Purwodadi, Aiptu Joko Santosa"  hari ini mengeluarkan kenyataan bahAwa pembunuhan gadis malang itu masih dalam siasatan lanjut.

“Pihak kami masih dalam siasat kes ini, empat lagi individu yang terlibat dalam kejadian kes ini di tahan."

"Namun kami masih belum mengetahui sama ada mereka terlibat dalam pembunuhan tersebut” katanya ketika dihubungi pemberita.

loading...