Selasa, 5 September 2017

Punca Ibu Dan Anak Dipukul Polis

China - Seorang pegawai polis telah dihukum atas kesalahannya yang bertindak mengasari seorang wanita yang sedang mendukung seorang kanak-kanak sehingga mendatangkan kecederaan terhadap kedua-duanya.

Pegawai polis terbabit dikatakan telah menjatuhkan wanita tersebut ke tanah tanpa memikirkan keselamatan kanak-kanak yang turut berada dalam dukungan wanita tersebut sehingga menyebabkan kanak-kanak tersebut turut jatuh bersama wanita tersebut yang merupakan ibunya.

Walau bagaimanapun, pegawai polis tersebut telah pun di jatuhkan hukuman oleh Jabatan Polis Shanghai atas perbuatannya selepas rakaman video sekitar kejadian yang di muat naik di media sosial telah mencetuskan kritikan yang hebat dikalangan netizen.

Kejadian yang dikatakan berlaku pada hari Jumaat yang lalu membabitkan seorang pegawai polis Shanghai yang dikenali sebagai Zhu yang ketika itu sedang menjalankan tugasnya telah mengeluarkan saman terhadap wanita tersebut, Zhang kerana meletakkan kenderaan di kawasan larangan meletak kenderaan.

Namun, Zhang dikatakan tidak berpuas hati kerana menerima saman daripada Zhu telah bertindak mengoyak kertas saman berkenaan serta menghalang Zhu dari beredar menaiki kereta polis sambil berbalah dengan Zhu mengenai saman yang diterimanya.

Perbalahan antara mereka mula tercetus sebelumZhang bertindak menolak Zhu ke belakang dalam usahanya menghalang Zhu menjalankan tugasnya tanpa menghiraukan amaran yang diberikan oleh Zhu atas kesalahannya menghalang pegawai polis menjalankan tugas.

Melalui rakaman video yang tular di media sosial jelas menunjukkan Zhang yang terlebih dahulu bertindak mengasari Zhu dengan menolak badan Zhu sehingga mendorongnya ke belakang.

Namun begitu Zhu kemudiannya telah bertindak balas dengan menjatuhkan Zhang bersama anaknya yang berada dalam dukungan Zhang ke tanah tanpa mengambil kira keselamatan kanak-kanak tersebut.

Walau bagaimanapun Zhang bersama anaknya itu dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan sahaja akibat daripada tindakan Zhu berkenaan.

Menurut laporan dari Shanghai Daily, Jabatan polis memandang serius tindakan Zhu tersebut dan telah menjatuhkan hukuman penggantungan kerja serta tidak boleh dinaikkan pangkat dan gaji selama 18 bulan.

Video kejadian tersebut yang tular dimedia sosial telah mendapat kritikan meluas daripada netizen yang mengutuk perbuatan pegawai polis Shanghai kerana bertindak sebegitu tetapi tidak kurang juga segelintir netizen yang menyalahkan wanita tersebut yang di katakan menghalang pegawai polis menjalankan tugas.

Salah seorang netizen telah membidas kembali perbuatan wanita tersebut dengan mengatakan bahawa memang salah cara undang-undang dilaksanakan namun tindakan wanita tersebut yang melakukan serangan ke atas pegawai polis juga perlu ditangani dengan lebih tegas lagi.

Manakala seorang lagi netizen yang lain memberitahu bahawa dia tidak kisah dengan nasib wanita berkenaan tetapi hanya merasa kasihan dengan anaknya yang tidak mengetahui apa-apa itu. - Reuters

loading...