Khamis, 28 September 2017

Pusat Tahfis Terbakar Lagi Kali Ini Di Rembau.

SEREMBAN: Hari ini kita dikejutkan lagi dengan satu kebakaran pusat tahfiz yang berlaku di Rembau Negeri Senmbilan

Menurut laporan Astro AWANI, Sebuah asrama penginapan pelajar perempuan Maahad Tahfiz As Sofa di Rembau terbakar awal pagi tadi.

Pengarah Bomba Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata kebakaran ke atas asrama yang menempatkan 37 pelajar itu berlaku kira-kira 1.50 pagi dan memusnahkan 60 peratus bangunan asrama, lapor Bernama.

Bagaimanapun kesemua pelajar terselamat kecuali tiga orang yang mengalami asma akibat terhidu asap.

"Ketiga-tiga pelajar ini telah dikejarkan ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut," kata Norazam.

Beliau berkata punca kebakaran belum dikenal pasti.

Anggota bomba dan penyelamat tiba 10 minit kemudian selepas menerima panggilan kecemasan dan ketika  sampai api sedang marak pada separuh bangunan asrama itu.

Bagaimanapun api berjaya dikawal 15 minit kemudian dan dipadam sepenuhnya setengah jam kemudian, katanya.

Kebakaran di pusat tahfiz ini berlaku tidak berapa lama selepas kejadian sama di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat Ujung, Kuala Lumpur pada 14 Sept lalu yang mengorbankan  21 orang pelajar dan dua orang guru. - Astro AWANI
loading...