Isnin, 4 September 2017

Sanggup Lepaskan Gelaran Puteri Untuk Bersama Kekasih Hati.

Tokyo - Seorang puteri sanggup melepaskan gelarannya semata-mata ingin bersama dengan kekasihnya yang merupakan seorang rakyat biasa.

Puteri Mako, cucu sulung Maharaja Jepun, Akihito hari ini telah membuat pengumuman bahawa dia akan mengahwini kekasihnya sekaligus sanggup melepaskan gelaran keluarga diraja hanya kerana ingin bersama kekasihnya yang merupakan rakyat biasa.

Pengumuman tersebut telah disiarkan disaluran NHK dan tindakkan Puteri Mako tersebut dilihat bakal mengurangkan pengaruh keluarga diraja di negara berkenaan.

Mako merupakan cucu sulung daripada empat cucu Maharaja Akihito manakala tiga orang lagi merupakan adik perempuannya, Kako serta adik lelakinya, Hisahito dan seorang lagi merupakan anak perempuan kepada Putera Mahkota Naruhito, Aiko.

Naruhito dikatakan semakin bimbang dengan kekurangan populasi keluarga diraja yang semakin berkurangan serta bimbang jika ianya menjadikan beliau merupakan keluarga diraja yang terakhir di negara itu.

Ini kerana menurutnya negara tersebut semakin dibebani dengan populasi jumlah penduduk yang semakin meningkat usia manakal golongan muda semakin berkurangan.

Kekasih Puteri Mako yang dikenali sebagai Kei Komuro yang merupakan pekerja di sebuah firma guaman telah ditunangkan dengan Puteri Mako selepas ahli parlimen negara tersebut telah meluluskan rang undang-undang pada Jun lalu yang membolehkan Akihito melepaskan jawatannya.
loading...