Rabu, 6 September 2017

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Didakwa Bawa Geng Pukul Wartawan

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan menafikan dakwaan sebuah media bahawa beliau terlibat dalam mendalangi kes pukul seorang Pengurus Besar sebuah organisasi media petang tadi.

Sebaliknya, kehadiran beliau berhampiran pejabat organisasi media berbahasa Tamil itu bagi meleraikan pertengkaran.

"Tadi saya berada di pejabat MIC Wilayah Persekutuan dan diberitahu bahawa terdapat pergaduhan di sana.

"Saya bergegas ke pejabat media itu yang terletak berdekatan dengan pejabat MIC Wilayah untuk meredakan ketegangan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Pertengkaran terbabit dikatakan berpunca daripada laporan media tersebut yang menyentuh isu kutipan sewa hartanah milik MIC Wilayah Persekutuan.

Laporan tersebut mendakwa Pengerusi Badan Perhubungan MIC Wilayah Persekutuan itu menyeleweng hasil kutipan wang sewa tersebut.

menafikan sekeras-kerasnya tuduhan berkenaan sambil menyifatkan ia sebagai tidak berasas dan bertujuan untuk menjejaskan kredibilitinya.

Kedua-dua pihak yang terlibat dalam pertengkaran tersebut telah membuat laporan polis.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan
loading...