Selasa, 26 September 2017

Tular Lagi Aiman Tino Ditangkap Khalwat Semalam.

Tular lagi ditangkap khalwat, penyanyi popular Aiman Tino tidak teragak mengambil tindakan keras terhadap penyebar berita palsu tentang dirinya ditangkap khalwat.

Aiman Tino memberi amaran keras kepada individu tersebut agar berhenti menyebarkan fitnah itu di media sosial.

Menurut laporan Harian Metro, Semalam, ada netizen menyebarkan berita palsu menerusi portal menggunakan nama sebuah akhbar tempatan yang mendakwa penyanyi itu ditangkap pihak berkuasa kerana berkhalwat.

Aiman ketika dihubungi berkata akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya berita palsu mengenai dirinya menjadi tular sekali lagi.

"Ini peluang terakhir buat netizen tidak bertanggungjawab. Selepas ini saya akan bertindak kerana perbuatan mereka sudah melampau dan menjejaskan nama baik keluarga.

"Sebelum ini, ada individu mendakwa saya meninggal dunia. Sekarang, ada pula yang sanggup reka cerita saya berkhalwat,™ katanya.

Menurut penyanyi Ku Rela Dibenci itu, dia mengetahui berita itu ketika melepak dengan rakannya, semalam.

"Rakan turut terkejut membaca berita itu malah ada peminat turut bertanya mengenainya.

"Saya tiada masa untuk melakukan perkara bukan-bukan dan kalau keluar pun ditemani keluarga,€ katanya.

Aiman bagaimanapun bersyukur berita palsu itu tidak menjejaskan tawaran persembahan dan meminta orang ramai supaya jangan mudah terpengaruh dengan sumber meragukan. - Harian Metro
loading...