Rabu, 27 September 2017

Tular Leftenan Dan Kapten Ditangkap khalwat, Suami Tampil Memberi Penjelasan.

Cyberjaya - Sepasang pegawai tentera yang masih berstatus isteri orang, manakala pegawai lelaki berstatus suami orang telah ditangkap berkhalwat di sebuah hotel empat bintang di cyberjaya pada  jam tiga pagi.

Hasil maklumat serbuan dilakukan dan disertai oleh suami pegawai perempuan itu sendiri, bersama dua anggota polis dari balai cyberjaya, satu orang saksi, dan kaki tangan pihak hotel, termasuk seorang pengawal keselamatan.

Mengikut sumber, pintu telah di ketuk selama hampir setengah jam sebelum pintu hotel tersebut di buka. pegawai lelaki tersebut membuka pintu dan siasatan di dalam bilik berkenaan mendapati pegawai wanita tersebut berada di tandas.

Hasil soal siasat, lelaki tersebut mengaku turun dari kuantan menaiki bas ke putrajaya dan kemudian ke hotel di cyberjaya.

Pasangan pegawai tentera tersebut telah dibawa ke balai polis cyberjaya sebelum di serahkan kepada penguatkuasa jabatan agama islam daerah sepang.

Pegawai tentera wanita tersebut Kapten dari Maktab Tentera Diraja(MTD) dan pegawai tentera lelaki Leftenant pangkalan TLDM Tanjung Gelang,Kuantan.

Mereka akan di dakwa pada 25 Oktober 2017 di mahkamah syariah daerah sepang di bawah seksyen 29(a&b) jenayah syariah dan jika di dapati bersalah boleh di hukum penjara maksimum  tiga tahun atau denda rm3,000 atau kedua-duanya sekali.

loading...