Selasa, 26 September 2017

Video Pelayan Restoran Tersimbah Sup Panas Pada Kanak-Kanak.

YANGZHOU: tular di media sosial seorang anak kecil yang sedang menjamu selera di sebuah restoran tersimbah sup panas di Yangzhou City di China.

Dalam satu rakaman CCTV yang viral di media sosial, budak lelaki itu kelihatan leka bermain telefon bimbit apabila tiba-tiba tersimbah sup panas yang dibawa seorang pelayan restoran.

Menurut laporan Astro AWANI, pelayan restoran yang pada ketika itu sedang membawa satu periuk sup panas tiba-tiba tergelincir dipercayai akibat lantai yang licin.

Malangnya, periuk yang dibawa itu pula terjatuh di atas meja menyebabkan sup panas itu tersimbah pada tubuh anak kecil tersebut.

Wanita dipercayai ibu kepada mangsa yang duduk bersebelahan dengan segera mendukung kanak-kanak malang itu.

Menurut Metro.co.uk, media tempatan melaporkan bahawa keluarga tersebut menyalahkan restoran itu kerana tidak membersihkan minyak di lantai yang dipercayai telah menyebabkan pelayan itu tergelincir.

Keluarga tersebut juga berkata bahawa periuk besar berisi sup panas tersebut patut dihantar menggunakan troli dan bukannya dengan tangan.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada keluarga tersebut mendakwa pelayan ataupun restoran itu. Tahap kecederaan budak lelaki itu juga tidak diketahui. - Astro AWANI

loading...