Khamis, 28 September 2017

Video Suami Ditangkap Oleh Orang Awam, Pukul Isteri Kerana Dadah.

Video tular di media sosial kejadian berlaku pagi tadi di Pasar Tani Sungai Petani Kedah berpunca darpada suami datang minta duit pada isteri untuk beli dadah.

Menurut laporan Harian Metro, lelaki memukul isterinya, 30an dan anak lelaki berusia tiga tahun di kawasan Pasar Tani Sungai Petani untuk mendapatkan wang membeli dadah mengundang padah apabila ditahan orang ramai sebelum menyerahkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuala Muda hari ini.

Dalam kejadian jam 9.45 pagi itu, penagih dadah berusia 30an itu bertindak merampas beg tangan mangsa menyebabkan berlaku pergelutan.

Pengarah AADK Kedah Mahadzir Elias berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu kemudian menahan suspek sebelum menghubungi AADK.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek sebelum ini pernah ditahan beberapa kali akibat pengaruh dadah sehingga bertindak agresif terhadap keluarga.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis marijuana dan methamphetamine.

“Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahadzir berkata, insiden yang berlaku hari ini bukanlah satu perkara asing apabila berlaku satu pergolakan rumah tangga akibat dadah.

“Kebanyakan mereka yang menagih mampu bertindak secara tanpa sedar, tidak mengira tempat dan mampu mendatangkan kecederaan kepada orang sekeliling.

“Masyarakat juga digesa supaya terus berhubung dengan pihak AADK supaya masalah berkaitan dadah dapat ditangani dengan baik dalam usaha mewujudkan keluarga bebas dadah,” katanya. - Harian Metro

loading...