Selasa, 5 September 2017

Video Wanita Lahir Anak Di Tepi Jalan

Seorang wanita berusia 30-an telah melahirkan anak di jalan raya selepas pulang membeli sayur-sayuran di bandar Yunfu, Guangdong, China pada Sabtu lalu.

Memetik laporan Malaysiakini, video yang dirakam menjadi tular di media sosial menunjukkan air ketuban wanita itu tiba-tiba pecah sewaktu dia sedang berjalan.

Kelihatan wanita itu tidak tahu bagaimana mahu mengendalikan situasi kelahiran anaknya.

Beberapa orang awam yang melihat kejadian itu bertindak membantu wanita berkenaan dengan menyediakan kerusi dan memanggil pekerja perubatan untuk menangani insiden itu.

Setelah diperiksa, wanita itu tidak mengalami tanda-tanda komplikasi kelahiran.

Kemudian, dia dilihat berjalan kaki dengan beg yang berisi makanan sambil memegang bayinya. - Malaysiakini

loading...