Video Wanita Mengamuk, Warga Emas Berlumuran Darah Klinik Tak Nak Layan

KUALA LUMPUR: Video seorang wanita yang sedang bertengkar dengan seorang kakitangan klinik di Kampong Pinang Baik tular di media sosial.

Video berdurasi 1.04 minit itu yang mula tersebar sejak tiga hari lalu di Facebook milik Nor Hafiza Ahmad Aini menunjukkan wanita itu membawa seorang lelaki warga emas untuk mendapatkan rawatan di sebuah klinik.

Keadaan mula kecoh apabila pihak klinik tidak mahu merawat warga emas berkenaan kerana warga emas berkenaan kehilangan kad pengenalan dan tidak ingat nombar kad pengenalan beliau.

Menurut Nor Hafiza Ahmad Aini beliau terjumpa warga emas berkenaan yang berlumuran darah di kepala akibat dipukul oleh orang yang tidak dikenali.

"Macam haram jadah lah klinik ini, fahana pergi farmasi tetiba jumpa pak cik ini kepala berdarah terkejut cuba tanya dia kenapa,dia cakap kena pukul."

"Subhanallah walaupun pak cik ini tak betul dan salah kenapa pukul dia, tanya ic semua cakap orang dah ambil allah hai.'

"Bawa klinik berhampiran memang frustrated betul, Uncle ini tak ingat no ic dan nama dia. klinik tak nak ambil kes suruh bawa klinik sebelah, kilnik sebelah pulak doktor takada, lepas itu alatan untuk cuci tak ada pulak.'

"Fahana dah cakap bil fahana yang bayar, kakitangan klinik itu cakap kalau nak cuci kena ambil no ic, tak ada ic tak boleh cuci sekarang, ini kes kecemasan, berdarah tak boleh ke buat dulu ini tanya-tanya lagi dengan pak cik yang tengah pening-pening lalat."

"Buat lah apa yang sepatutnya dulu yang penting darah berhenti, lepas itu kau nak suruh bawa pergi manapun tak jadi masalah boleh call ambulan masalah klinik ini depan mata, tolonglah, ini tengok pak cik ini pun nampak mcm jijik lepas itu cakap kat fahana pakcik ini tak betul."

"Peduli apa aku betul atau tak betul yang penting sekarang ii dia cedera dan berdarah, fahana cuba bantu yang mana panting, angin dah naik memang kena makilah."

"Fahana dengan seorang wanita ini kejap keluar, kejap masuk klinik fikir nak tolong macam mana."

"India ke cina ke siam ke, orang gila ke kalau daalm kes sekarang depan mata sebagai manusia tak akan nak tengok je buat."

"Bila cakap nak viral baru kejar nak buat tak payah aku cari klinik lain"

Nor Hafiza Ahmad Aini, terpaksa mencari klinik lain untuk merawat kecederaan warga emas itu, akhirnya Klinik Mediviron sudi merawat warga emas berkenaan.


"Alhamdulillah macam nak menagis pergi ke Klinik Mediviron jumpa doktor minta tolong pak cik ini cuci kan luka dia, dan tak ada IC dia tak ingat nombor IC dia pun."

"Macam nii baru doktor, doktor ini tak tanya banyak pun minta masuk bilik dia cuci luka tak serius
Tq so much doktor."

"Dahi itu berlubang sikit tapi tak perlu di jahit darah pun dah stop."

"Ok lah pak cik tak serius lega, walau pun berat nak tinggalkan pak cik tapi itu saja mampu saya tolong."

"Wahai kawan-kawan tak kisahlah bangsa apa pun kita, agama apa pun kita,awaras atau tidak bantulah jika kecemasan macam ini terutama dalam kes kecederaan."

"Terima kasih kepada wanita india tadi tolong fahana sama-sama cari klinik dan bantu pak cik ini."