Khamis, 7 September 2017

Wajah Sebenar Badut Puaka Dalam Filem IT.

Siapa sangka disebalik wajah watak badut yang dibawakan oleh seorang pelakon lelaki merupakan seorang yang amat berbakat.

Watak badut tersebut telah dibawa oleh Bill Skarsgard dalam Filem IT yang merupakan sebuah filem seram yang diadaptasikan daripada novel yang paling seram Stephen King dan ianya merupakan sebuah filem seram yang wajib ditonton oleh peminat filem seram.

Filem tersebut mengisahkan kanak-kanak yang tinggal di sebuah kawasan perumahan dalam pekan kecil daerah Darren, Maine yang hilang tanpa meninggalkan jejak seorang demi seorang, filem tersebut merupakan sebuah filem arahan Andres Muschietti.

Selepas 27 tahun berlalu secara tiba-tiba muncul tujuh orang kanak-kanak yang menamakan kumpulan mereka dengan nama The Losers Club yang cuba mencabar diri mereka dengan melakukan sesuatu yang diluar jangkaan.

Tim Curry yang merupakan pemegang karektor ikonik badut melalui filem pertamanya pada tahun 1990 telah digantikan dengan Bill Skarsgard.

Kami kongsikan fakta menarik tentang Bill Skarsgard dan foto tanpa solekan badut pelakon kelahiran Sweden itu.

1) Bill berusia 27 tahun dan merupakan adik kepada pelakon dan model Alexander Skarsgard yang pernah membintangi True Blood dan Vikings.

2) Pernah melakonkan watak Merkel dalam filem Atomic Blonde bersama Charlize Theron.

3) Untuk tahun 2018, Bill bakal muncul menerusi rancangan bersiri Castle Rock TV dan Spain in Emperor serta sebuah drama romantik Battlecreek.

4) Bill peminat genre seram dan pernah membintangi drama bersiri Hemlock Grove selama tiga musim.

5) Pada usia 21 tahun, Bill dicalonkan untuk Pelakon Lelaki Terbaik Guldbagge Awards menerusi wataknya penghidap sindrom Asperger dalam filem Simple Simon.

6) Pernah menjadi model kepada jenama terkenal H&M.

7) Sudah berpunya! Bill sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon filem Sensoria, Alida Morberg. Kekasihnya turut menemani Bill sepanjang penggambaran filem IT tahun lalu. Sweet bukan? - Astro Gempak
loading...