Jumaat, 20 Oktober 2017

10 Hari Nur Hamizah Hilang Tanpa Khabar

Foto Harian Metro
Sabak Bernam: Nur Hamizah Abdul Rahman, 18, menghilangkan diri sejak lebih 10 hari dan ia membuatkan kami sekeluarga menjadi tidak keruan.

Menurut laporan Harian Metro, ibu kepada Nur Hamizah berkata dia beberapa kali bermimpi anak gadisnya itu ‘dipegang’ seseorang namun kelibat individu berkenaan gagal dilihat dengan jelas,” kata Noor Hayati Ab Wahab, 48, yang masih gagal dikesan selepas keluar dari rumah mereka di Kampung Batu Dua, Sepintas di sini, 9 Oktober lalu.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, anak bongsu daripada tiga beradik itu sempat meninggalkan nota di dalam laci meja solek memaklumkan ingin mencari ketenangan selain pergi ke rumah keluarga angkatnya di Perak.

Noor Hayati berkata, dia sekeluarga buntu mencari lokasi Nur Hamizah sehingga pergi ke Kuala Lumpur untuk menjejakinya.

“Selain mengorbankan masa dan tenaga bagi mencari adik, kami meminta bantuan saudara mara terdekat serta sahabat untuk bersama mencarinya,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Menurutnya, dia bimbang keselamatan Nur Hamizah yang hanya membawa MyKad.

“Dia anak yang baik dan tidak akan tergamak melakukan perbuatan ini. Air mata saya juga sudah kering kerana setiap hari menangis memikirkannya.

“Saya cuma mahu dia segera pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat,” katanya.

Kata Noor Hayati, dia meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anak perempuannya itu supaya menghubunginya di talian 017-6417021. - Harian Metro
loading...