Selasa, 17 Oktober 2017

16 Wanita Pusat Urut Tak Serik.

Selangor - Sebuah pusat urut yang menawarkan perkhidmatan seks masih tetap meneruskan perniagaannya meskipun telah dua kali di serbu oleh pihak berkuasa.

Pusat urut terbabit yang bertempat di Jalan Puteri 4/8, bandar Puteri Puchong masih tetap menjalankan operasi mereka walaupun telah dua kali diserbu sebelum sekali lagi digempur oleh Jabatan Imigresen buat kali ketiga pada malam tadi.

Menurut laporan Harian Metro, Operasi Gegar Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya yang diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarahnya, Mohd Yuzaiman Ahmad memberitahu bahawa terdapat 16 perempuan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang bekerja sebagai pelayan pelanggan dan tiga lelaki tempatan yang bertindak sebagai penjaga premis telah pun ditahan.

Menurut jurucakap JIM memberitahu bahawa sebelum ini premis terbabit pernah diserbu tetapi masih tetap bertahan sehingga ke hari ini adalah kerana masih terdapat permintaan daripada pelanggan.

Menurutnya lagi, dia telah difahamkan oleh mereka bahawa pusat urut berkenaan hanya menawarkan perkhidmatan urutan seks pada harga RM128.

Sementara itu pula dalam serbuan berasingan yang dilakukan di pusat hiburan berhampiran, 19 wanita dan seorang lelaki PATI ditahan.

“Semua ditahan kerana didapati melakukan kesalahan melanggar syarat permit dan tiada permit yang sah mengikut Per.39(b) Peraturan-peraturan 1963 dan Sek.6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Jurucakap JIM berkata, tiga lagi serbuan berasingan dilakukan di Pangsapuri Seri Dahlia, Bandar Sri Putra, Kajang.

Katanya, seramai sembilan lelaki dan tiga wanita PATI ditahan kerana tinggal lebih masa dan tidak mempunyai dokumen sah.

“Warga tempatan yang ditahan diserahkan kepada Unit Siasatan JIM, manakala PATI dihantar ke depot tahanan Imigresen untuk siasatan lanjut,” katanya. - Harian Metro
loading...