Jumaat, 20 Oktober 2017

9 Gambar Penungggang Motorsikal Dipukul Samseng Jalanan.

PETALING JAYA - Seorang penunggang motorsikal hampir buta sebelah mata akibat dipukul oleh seorang pemandu kereta yang bertindak seperti samseng jalanan.

Bagaimanapun kini pihak polis giat memburu pemandu kereta terbabit selepas satu laporan polis berhubung tindakannya memukul seorang penunggang motorsikal dibuat.

Menurut lelaki tersebut yang juga merupakan pekerja perkhidmatan makanan di jalan Tengkat, Bandar Utama, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 6.24 petang semalam.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata mangsa yang berusia 27 tahun cedera di mata selepas dipercayai ditumbuk beberapa kali oleh suspek kerana didakwa menghalang laluannya ketika jalan sesak disebabkan kemalangan.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa sedang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego LC melalui jalan berkenaan dan kemudian berhenti akibat jalan sesak disebabkan satu kemalangan.

Katanya, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux kemudian membunyikan hon kepada mangsa kerana didakwa menghalang laluannya.

"Pemandu Toyota Hilux berkenaan kemudian turun dari kenderaan dan memaki hamun mangsa dan menendang motosikal mangsa.

"Dia kemudian terus menumbuk mangsa beberapa kali di bahagian muka, kejadian dileraikan oleh anggota polis bantuan yang berada di tempat kejadian.

"Selepas itu, pemandu terbabit beredar meninggalkan lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Zani berkata, pihaknya sedang mengesan suspek terbabit.

"Kita ada seorang saksi yang melihat kejadian berkenaan, bagaimana pun tiada kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen Sek 323/427 Kanun Keseksaan," katanya.-Berita Harian









loading...