Isnin, 23 Oktober 2017

Bajet 2018, Cadang Naik Harga Rokok RM50 Sekotak


KUALA LUMPUR 22 Okt. – Harga rokok bakal dinaikkan kepada RM 50 sekotak dalam membantu usaha bagi membendung gejala dadah yang semakin teruk di kalangan golongan remaja serta belia.

Menurut laporan Utusan Online, kerajaan cuba mencadangkan isu kenaikan harga rokok tersebut dan ianya akan dibentangkan oleh Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri ketika Bajet 2018.

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Ahmad Saparudin Yusuf telah mencadangkan kenaikan harga tersebut bagi menjadikan rokok sebagai satu barangan mahal.

Menurutnya lagi, cadangan tersebut di ajukan adalah kerana bertujuan menyebabkan remaja dan belia sukar mendapatkannya kerana harga yang mahal serta menyebabkan mereka tidak mampu membelinya.

Rokok adalah merupakan salah satu bahan asas yang mendorong kepada masalah-masalah gejala sosial serta menjadi punca kepada kemudaratan kesihatan.

Menurut Ahmad lagi, berdasarkan pe­ngalaman dan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan dadah, anak luar nikah dan virus HIV telah mendapati segala permasalahan tersebut bermula daripada sebatang rokok.

Bermula daripada sebatang rokok tersebutlah akhirnya akan menerbitkan keinginan dalam diri mereka untuk mencuba benda-benda yang berkait dengan dadah sehingga menyebabkan berlakunya gejala sosial.

“Jadi, jika harga rokok dinaikkan kepada RM50, sebagai langkah awal, masyarakat tentu akan berfikir berapa kali untuk membeli kerana mahal,” katanya selepas program Sembang Bajet Utusan Online di sini baru-baru ini.-UTUSAN ONLINE

loading...