Jumaat, 20 Oktober 2017

Baru Sejam Meninggal, Suami Terkejut Melihat Mayat Isteri Diperkosa Jururawat.

Seorang suami yang masih lagi berduka akibat kematian isterinya amat terkejut tatkala melihat mayat isterinya diperkosa oleh seorang jururawat lelaki.

Menurut laporan Mirrow, kejadian tersebut dikatakan dilihat oleh suami wanita yang meninggal dunia itu sendiri sewaktu dia ingin melawat mayat isterinya itu buat kali terakhir di hospital berkenaan.

Suami kepada wanita yang meninggal dunia tersebut kemudiannya bertindak membelasah jururawat lelaki yang dikenali sebagai Grover Macuchapi berusia 27 tahun tersebut akibat marah dengan perbuatannya itu sebelum menyerahkan beliau kepada pihak polis.

Akibat daripada perbuatannya yang dilihat sebagai tidak menghormati mayat dan berkelakuan lucah terhadap mayat Grover bakal dibicarakan di mahkamah atas kesalahannya itu.

Menurut Ketua Polis Douglas Uzquiano, kejadian tersebut berlaku di Hospital La Paz pada Isnin yang lalu kira-kira sejam selepas pesakit wanita berkenaan di pindahkan ke bilik mayat selepas meninggal dunia.

“Saudara mara si mati pergi ke hospital terbabit bagi melangsaikan bayaran perubatan yang diberikan semasa wanita itu masih hidup.

“Kemudian si suami pergi ke bilik mayat dan ternampak jururawat lelaki terbabit bersetubuh dengan mayat mendiang isterinya,” katanya.

“Ada sesuatu yang telah berlaku dan ianya seperti mimpi. Apa yang saya ingat selepas itu, saya terasakan dipukul dari belakang ketika suami kepada mendiang memukul saya,” kata Grover menerangkan situasi yang berlaku ketika kejadian.

Sementara itu, pendakwa raya berkata, pihaknya tidak dapat mendakwa Macuchapi dengan Necrophilia (individu yang cenderung melakukan hubungan seks dengan mayat) kerana kesalahan itu tidak wujud di bawah undang-undang negara itu.

Menurut kenyataan si suami yang tidak dinamakan kepada media, “Saya nampak dia melakukan perbuatan itu dengan seluarnya dibuka dan saya terus memukulnya,” katanya.

Walau bagaimanapun, Grover memberitahu bahawa dia tidak sedar akan kejadian itu kerana dia sedang berkhayal.
loading...