Rabu, 18 Oktober 2017

Biodata Dan Gambar PA Dato Vida Yang Tular.

Dunia hiburan tidak pernah sunyi dengan kontroversi yang mengaitkan Jutawan Kosmetik Datuk Vida dan terkini kecoh di media sosial mengenai lelaki kacak yang sering dilihat bersamanya.

Menurut lelaki tersebut yang dikaitkan dengan Datuk vida, dia memberitahu bahawa dia tidak menyedari imej serta personaliti positifnya telah menjadi viral di media sosial.

Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Ahmad Iqbal dikatakan memiliki hubungan istimewa bersama dengan pengasas produk kecantikan Qu Puteh Datuk Vida.

Namun begitu Iqbal memberitahu bahawa antara mereka tiada sebarang perhubungan serta kelibatnya yang sering dilihat bersama datuk Vida adalah kerana beliau merupakan pegawai media dan pembantu peribadi Vida sejak Jun lalu.

Kelibat mereka yang sering dilihat bersama menyebabkan pelbagai pertanyaan bermain di minda netizen sehingga ada yang menyangka bahawa antara mereka terdapat satu hubungan istimewa.

Datuk Vida ketika ditemui memberitahu bahawa dia tidak akan menolak sekiranya dipertemukan semula jodoh hidup namun dia mengimpikan seorang lelaki yang boleh menjadi suami yang terbaik buat dirinya serta anak-anaknya.

Bagaimanapun Iqbal memberitahu khabar angin yang tersebar di media sosial adalah tidak benar serta menjelaskan bahawa hubungan bersama Vida hanya merupakan sekadar tugas yang dipikulnya yang disalah anggap oleh netizen di luar sana.

“Sekarang, terlalu banyak pages terkenal berkongsi apa sahaja tentang diri saya. Juga mengenai hubungan saya”

“Banyak soalan-soalan yang muncul, terutamanya mengenai kisah hidup, hubungan serta impian. Saya perlukan ruang besar untuk menjelaskan segala pertanyaan ramai”katanya

Iqbal juga turut menyangkal tuduhan yang membabitkan dia bersama Datok Vida seperti mana yang di hebohkan media tempatan.

Manakala pada masa yang sama Datok Vida juga turut memberitahu bahawa lelaki itu hanyalah stafnya dan tidak lebih dari itu.

Berikut merupakan biodata PA Datuk Vida :

Nama penuh:Ahmad Iqbal Zulkefli
Tarikh lahir:12 September 1994
Tempat Kelahiran : Pasir Mas Kelantan
Sekolah : Maahad Muhammadi Pasir Mas
Lulusan : Diploma Penulisan Kreatif ASWARA
Pekerjaan : P.A (S.S) & Pegawai Media (Photo/Videographer) Dato Seri Vida
Menetap : Kuala Lumpur, Malaysia





loading...