Sabtu, 21 Oktober 2017

Dipaksa Bersama Ketika Berpantang Sehingga Hampir Meroyan.

SHAH ALAM - Seorang wanita yang sedang berpantang terpaksa dimasukkan ke hospital semula kerana mengalami pendarahan serta dikhuatiri mengalami penyakit meroyan akibat kekerasan rumah tangga.

Wanita tersebut dikatakan baru sahaja melahirkan anak kedua dan sedang menjalani tempoh berpantang di rumah ibu mertuanya yang terletak di Shah Alam.

Menurut wanita tersebut, dia sebenarnya telah dipaksa oleh suaminya untuk berpantang di rumah mak mertuanya itu dengan alasan anak pertama mereka dulu dia telah pun berpantang di rumah maknya sendiri.

Bukan sahaja dipaksa berpantang di rumah mak mertuanya malah dia tidak menyangka bahawa mak mertuanya itu sanggup membatalkan perawat pantang atau confinement  lady (CL) yang dipanggil olehnya bagi merawatnya ketika berpantang tanpa pengetahuannya.

Menurutnya lagi, bukan itu sahaja malah tukang urut yang di sewa olehnya bagi mengurut juga turut di perdayakan dengan mengatakan bahawa dia tidak perlu di urut kerana berada dalam keadaan sihat.

Apa yang lebih mengejutkan wanita tersebut adalah apabila dia telah dipaksa untuk melakukan hubungan intim bersama suaminya itu sehingga menyebabkan berlakunya pendarahan.

Menurut wanita tersebut apa yang lebih menyedihkan baginya adalah apabila dia mengadukan kesakitan yang dialaminya itu kepada suaminya tidak dipedulikan oleh suaminya itu.

Malah suaminya itu bukan sahaja tidak mempedulikan kesakitan yang dirasainya itu tetapi turut mengatakan kepadanya "kalau nak pahala kenalah berkorban".

Wanita tersebut yang merasakan dirinya telah menjadi mangsa kekerasan rumah tangga cuba mengadukan perkara yang menimpa dirinya itu kepada tukang urut serta mak mertuanya yang sedang berbual di ruang tamu .

Namun niatnya itu terhenti apabila suaminya telah mengungut akan melakukan perkara yang sama keatasnya pada malam nanti jika saya cuba memberitahu kepada tukang urut serta maknya itu.

Walau bagaimanapun tukang urut yang mengurut dirinya memberitahu bahawa posisi rahimnya telah berubah kedudukan serta telah terkeluar.

Malah selepas 17 hari selepas kejadian dipaksa melakukan hubungan intim bersama suaminya, luka jahitannya itu masih belum sembuh serta mengeluarkan darah berketul-ketul.

Wanita terbabit bagaimanapun terpaksa di rawat di hospital akibat daripada kecederaan yang dialaminya serta dikhuatiri boleh menyebabkan penyakit meroyan selepas bersalin.

Rata-rata netizen yang membaca kisah wanita ini telah menyarankannya supaya membuat laporan kepada pihak berwajib mengenai apa yang berlaku terhadap dirinya itu. - 9Bulan10hari
loading...