Sabtu, 14 Oktober 2017

Hampir 11 Tahun Mendirikan Rumahtangga, Dato Siti Nurhaliza Kini Hamil 4 Bulan.

KUALA LUMPUR: Ucapan tahniah membanjiri media sosial selepas penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, mengumumkan bahawa beliau hamil.

Pengesahan berita baik itu dibuat di kediaman beliau di Ampang, Selangor malam tadi. Menurut Siti, kandungan beliau kini sudah berusia empat bulan.

Menurut netizen, mereka begitu teruja dan gembira atas pengumuman itu kerana setelah 11 tahun menanti, akhirnya Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa diberkati dengan kurniaan itu.

Kesempatan juga diambil untuk merakamkan doa kepada penyanyi itu agar beliau dan kandungannya kekal sihat. - Astro AWANI

loading...