Sabtu, 14 Oktober 2017

Ibu Tembak Mati Bakal Menantu Selepas Tahu Anak Hamil Luar Nikah

Myanmar - Seorang lelaki maut selepas ditembak oleh bakal ibu mertuanya sendiri sebanyak 3 kali di bahagian belakang.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Paw dikatakan bertindak menembak mati bakal menantunya yang dikenali sebagai Nyatole Eh selepas mengetahui bahawa anak perempuannya telah pun hamil luar nikah.

Menurut laporan Nextrshark, anak Paw yang dikenali sebagai Madaya Be yang baru berusia 18 tahun telah pun hamil luar nikah sebelum dia berkahwin dengan tunangnya itu.

Menurut sumber, Paw yang berasal daripada Myanmar dikatakan merasa sangat sedih serta marah selepas mendapat tahu berita kehamilan anaknya itu.

Selain itu juga turut diberitahu bahawa Madaya serta tunangnya Nyatole telahpun bercadang untuk berpindah ke Wisconsin selepas berkahwin bagi memulakan hidup baru.

Akibat marah dengan keputusan Madaya tersebut akhirnya Paw bertindak pergi ke kedai pajak gadai sebelum membeli sepucuk pistol selepas mereka anak beranak bertengkar di rumah yang mereka duduki sekarang.

Namun begitu, pada keesokkan harinya ketika pasangan kekasih terbabit sedang menyediakan sarapan pagi di ruang dapur secara tiba-tiba Paw telah pun berjalan ke belakang Nyatole sebelum melepaskan 3 das tembakan ke arahnya.

Walau bagaimanapun, Paw kemudiannya cuba untuk menembak dirinya sendiri selepas dia menembak mati Nyatole tetapi cubaannya itu gagal selepas tindakannya telah dihalang oleh anak gadisnya yang sedang hamil 4 bulan.

“Ia adalah sesuatu yang sangat mengejutkan dan saya tak sangka perkara ini boleh terjadi kerana dia merupakan seorang ibu yang baik malah tunang saya juga merupakan seorang lelaki yang lurus “luah Madaya
loading...