Selasa, 17 Oktober 2017

Identiti Sebenar Pengantin Lelaki Terbongkar Di Malam Pertama

SULAWESI: Tindakan gila seorang pengantin lelaki yang menipu identiti sebenar tentang dirinya membawa padah selepas identiti sebenarnya terbongkar di malam pertama.

Menurut laporan Mynewshub, Seorang gadis yang dikenali sebagai Syarifah Nurul Husna, 20, akhirnya menamatkan zaman bujangnya bersama seorang ‘lelaki’ yang dikenali sebagai Rahmat Yani pada 17 September yang lalu.

Namun, perkahwinan yang diidamkan Syarifah itu nampaknya berakhir pada malam pertam apabila dia mendapati ‘suami’nya itu rupanya seorang wanita!

Syarifah terus memberitahu keluarganya tentang perkara itu selepas mendapati suami yang baru dinikahinya itu mempunyai alat kelamin wanita.

Akibat berang, Rahmat dibawa ke balai polis dan akhirnya mengaku yang sebenarnya dia juga wanita seperti isterinya itu.

Menurut Tribunnews.com, Rahmat yang kononnya seorang lelaki mengakui dia menggunakan kad pengenalan palsu demi mengahwini Syarifah dan menyembunyikan nama sebenarnya iaitu Rahmayani.

Khabarnya, pasangan itu telah menjalin hubungan cinta selama enam bulan sebelum Rahmayani meminang Syarifah.

Dalam pada itu, Maemuna yang juga ahli keluarga Syarifah terkejut dengan perkhabaran yang diterimanya kerana sebelum ini gaya dan suara Rahmayani saling tak tumpah seperti seorang lelaki sejati.

“Kami tidak tahu dia seorang perempuan dan terus menerima lamarannya.

“Dia juga menunjukkan kad pengenalannya yang jelas tertera jantinanya adalah lelaki,” katanya dipetik Tribunnews.com.

Kisah perkahwinan mereka menjadi tular dalam kalangan netizen di Indonesia selepas seorang pengguna laman Facebook memuat naik gambar perkahwinan tersebut. – MYNEWSHUB.CC
loading...