Isnin, 2 Oktober 2017

'Keluarga Saya Diugut, Ditawar 5 Juta Serang Tun Mahathir'

Ketua ARMADA Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq hari ini mendakwa ada pihak yang mahu membayarnya sebanyak lima juta dan juga gran pembinaan institut pusat debat disamping menyerang pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Syed juga mendakwa pihak-pihak terbabit turut mahu menguugut ibu bapa beliau dan mendedahkan masalah peribadi keluarganya.

"Kepada ada pihak yang nak ugut dan sogok saya, bagitahu kepada mereka saya tidak akan tunduk.

"Kamu nak ugut ibu bapa saya ugut lah. Nak keluarkan masalah peribadi abang saya keluarlah. Maruah saya tidak akan dan tidak boleh dijual beli. " kata beliau ketika sidang media khas untuk mengumumkan pendiriannya berkenaan tawaran melanjutkan pelajaran ke Univeristi Oxford.

Syed Saadiq turut mengugut mahu mendedahkan siapa dalang dibelakang tabir sebenarnya jika terdesak. Sumber: Malaysiakini

loading...