Jumaat, 20 Oktober 2017

Kerana Nafsu, Bapa Tiri Sanggup Cabul Gadis 14 Tahun

KAJANG – tindakan gila seorang bapa tiri yang terlau ikutkan nafsu tergamak mencabul anak tirinya berusia 14 tahun di kediaman mereka di Taman Seri Pulai, Balakong, dekat sini, kelmarin.

Menurut laporan Sinar Harian Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kejadian itu dimaklumkan mangsa berusia 14 tahun kepada ibunya kira-kira jam 1 pagi.

Menurutnya, mangsa mendakwa semasa berada di rumah bersama bapa tirinya, dia telah diganggu secara seksual.

“Mangsa mengadu telah dicium leher, dipegang buah dada selain disentuh kemaluannya ketika ibunya tiada di rumah.

“Kemudian, pada keesokannya kira-kira jam 10 pagi, bapa tiri mangsa telah memukul mangsa dengan menendangnya di dada kerana menceritakan kejadian itu kepada ibunya,” katanya.

Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat dan suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap telah ditahan polis kira-kira jam 1.54 petang, semalam.

Beliau berkata, suspek berusia 35 tahun kini telah direman tiga hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.-Sinar Harian
loading...